Monday, December 17, 2012

"DON'T JUDGE ME"?

Please read this my brothers & sisters...
copied from http://niqablovers.blogspot.com



WHAT'S WITH THIS "DON'T JUDGE ME"?

Giving Dawah is tough, particularly with each passing day. Somehow, everyday, I come across something flashing 'DON'T JUDGE ME". At first, I thought it was fair enough (at least in some cases), but lately this 'Don't Judge Me' phenomenon has gripped almost all Muslims.

I've tweeted quite a lot about correcting our Hijab on Twitter, and almost each time, I get a reply tweet from a sister/brother saying 'You have no right to judge us, only Allah does'. Of course I agree with it, I've no right to judge anyone and Allah is the only Judge, but it's your duty and mine to tell others about what's right and wrong. And when I try to get this explained... well the results are just not satisfactory. 

Allah says ''So admonish/remind them that maybe the reminder will be of benefit and as for him who fears Allah he will be reminded but as for the wretched one he will turn away'' [Quran 87:9-11] 
"You are the best nation amongst mankind because you command the good (Islam), you forbid evil (sins), and you believe in Allah [ Surat Al 'Imran, 110] 
Prophet Muhammad (sallalhu alaihi wasallam) said "If you see a munkar (unislamic act), you change it with your hand; and if you cannot do that, then change it with your mouth (speak out against it); and if you cannot do that, then forbid it in your heart; and that is the least of belief." 

So you see, enjoining good, encouraging others towards good and advising them against going in the wrong path is the duty of a Muslim. In Dawah, no one is judging no one. We just want to correct the mistakes.

I've mostly seen this 'Don't Judge Me' paranoia with regard to the Hijab. For example, if you quote this Hadith "There will be women who will be dressed but they will be naked. Their heads will be like the humps of camels. They will not enter Jannah and will not even smell the scent of Jannah while it can be smelt from a far distance.'' [Sahih Muslim] to enlighten Muslim women about the recent "Camel-Hump Hijab Style", they naturally bring on the 'Don't Judge Me' talk. If we know a sin, and don't prevent others from doing it, we are all responsible of answering to Allah- the real Judge- on the Day of Judgement.

And again, advising sisters not to adorn their Hijab, wear tight-fitting clothes, cake their faces with 5 layers of make-up and stop interacting with non-mahrams, is almost always sure to end up with a barrage of 'Don't Judge Me's". They say that maybe they wear that way, but they may be closer to Allah than us. Of course I agree with that. We're not talking about the level of closeness of that person to Allah. What we're trying to correct is their way of wearing the Hijab. We can't cut through someone's heart to see their level of Imaan but just remember this: If you have real Imaan, you'd want to dress the way Allah wants you to. You'd wear the proper Hijab and maintain that Hijab throughout your life.

If saying 'Dont Judge Me' is your way of expressing "If I commit a sin, it is between me and my God; so stay out of my business!", then may Allah guide you. If Islam asks us to encourage good and forbid evil and do Dawah, it sure is going to be difficult if everyone is going to say 'Don't Judge Me'.

There are some instances where you have to say 'Don't judge me', as in when someone tries to judge your actions rather than your intentions, but there's a way of saying it. For example, even if it's Dawah, you shouldn't go about a person who hasn't yet prayed his/her Asr prayers and tell them, "You didn't pray Asr yet? What kind of Muslim are you?" or somewhere along that line. Rather, you should make them feel comfortable with your Dawah by saying, "I'm going to pray my Asr Salah. You want to join me?" That's Dawah, and that's what will help our Muslims everywhere. 

Some people say that the Islam is in the hearts, not in the beard or Hijab. What they clearly fail to understand is that when Islam is in the heart, the Hijab and beard follow automatically.

I'm sorry if what I've said has hurt anyone in any way, but honestly, I've tried to ignore all this 'Don't judge me's". Yet, after seeing this trend picking up faster and faster, I thought it's best if I addressed it now, so that hopefully In Sha Allah, we'd have more Muslims accepting their mistakes and correcting it rather than saying 'Don't judge me' and continuing with that sin.




Friday, December 7, 2012

Undang-undang Jenayah : Analisis Kes Sulong bin Nain vs. Public Prosecutor (1947) 13 MLJ 138 (CA, Malayan Union)



PENDAHULUAN

       Bagi sesuatu kesalahan jenayah, elemen-elemen asas untuk suatu tanggungan jenayah merupakan elemen yang perlu wujud di dalam semua jenayah. Tanpa dibuktikan salah satu daripadanya, maka tertuduh tidak boleh didapati bersalah untuk kesalahan jenayah itu. Terdapat dua elemen dalam jenayah iaitu actus reus dan means rea. Jika kedua-dua elemen dipenuhi, maka seseorang itu dikatakan melakukan perbuatan jenayah. Akan tetapi, terdapat keadaan di mana mens rea tidak perlu dibuktikan dan memadai dengan pembuktian melalui actus reus sahaja.

     Terdapat satu jenis kesalahan di mana tanggungan atau tanggungjawab tetap dikenakan biarpun pelakunya tidak mempunyai niat jahat sewaktu melakukan sesuatu perbuatan. Kesalahan sebegini dikategorikan sebagai kesalahan tanggungan keras. Kesalahan-kesalahan tersebut yang mana mens rea tidak perlu dibuktikan wujud dan memadai dengan adanya perbuatan atau kesan perbuatan sahaja. Mengikut Osborn’s Concise Dictionary, liability without fault iaitu sesuatu perbuatan itu dianggap satu kesalahan walaupun mens rea tiada.

     Bagi tugasan untuk subjek Undang-undang Jenayah ini, saya diminta untuk membuat kajian kes berkenaan dengan kes Sulong Bin Nain vs Public Prosecutor, (1947) 13 MLJ 138 di mana perayu, telah disabitkan dengan kesalahan membawa senjata api yang bertentangan dengan seksyen 3 (1) Arahan Awam dan Perisytiharan Keselamatan. Perayu menyatakan bahawa semasa ditangkap, beliau berniat untuk membawa barang-barang tersebut (bom tangan) ke balai polis. Di sini, kita akan melihat samada mahkamah akan mengambil kira niat perayu tersebut dan samada perayu boleh menggunakan seksyen 76 dan 79 sebagai dalihan bagi kesalahan jenayah tanggungan keras ini.


FAKTA KES

Sulong bin Nain vs. Public Prosecutor (1947) 13 MLJ 138 (CA, Malayan Union)

       Kes ini adalah berkaitan dengan rayuan perayu iaitu Sulong bin Nain terhadap kesalahan yang disabitkan kepadanya iaitu kesalahan membawa senjata api iaitu membawa dua bom tangan yang bertentangan dengan seksyen 3 (1) di bawah Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan 1946. Fakta kes ini adalah semasa perayu ditangkap, beliau sedang membawa beg, dan di dalam beg tersebut terdapat dua bom tangan bersama dengan dua sumbu yang sempurna dengan peledak. Semasa perbicaraan, perayu memberi keterangan bahawa semasa ditangkap, beliau membawa dua bom tangan dengan niat untuk menyerahkannya kepada pihak polis.

         Pada waktu kejadian, pergolakan sedang berlaku di Tanah Melayu dan sedang berada di bawah pemerintahan Malayan Union. Kekacauan dan peperangan sering berlaku pada ketika itu. Oleh itu, satu undang-undang telah diwujudkan iaitu Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan yang mana merujuk kepada seksyen 3 (1), sesiapa yang memiliki senjata api dikira melakukan kesalahan dan bertanggungan keras. Perayu telah ditahan di bawah Undang-undang Darurat yang melarang pemilikan senjata api ketika ditangkap. Beliau didapati memiliki 2 bom tangan dan menurutnya, beliau berniat hendak membawa beg yang mempunyai bom itu ke balai polis. Tetapi mahkamah menolak dakwaan dan beliau disabitkan.

         Undang-undang Darurat ini bertujuan untuk menghalang pemilikan senjata api secara berleluasa setelah tamat perang dan sesiapa yang melakukannya, bertanggungjawab keras (SL).


ISU KES


  1. ·   Samada seseorang yang membawa senjata dengan niat untuk menyerahkannya kepada pihak polis didapati bersalah
  2.      Samada seksyen 76 dan 79 Kanun Keseksaan terpakai dan boleh digunakan sebagai dalihan di dalam kes kesalahan jenayah tanggungan keras.


ELEMEN-ELEMEN JENAYAH dan DALIHAN AM

ELEMEN-ELEMEN ASAS BAGI TANGGUNGAN JENAYAH

A.PENGENALAN

     Elemen-elemen asas untuk suatu tanggungan jenayah merupakan elemen yang perlu wujud di dalam semua jenayah. Tanpa dibuktikan salah satu daripadanya, maka tertuduh tidak boleh didapati bersalah untuk kesalahan jenayah itu. Elemen asas perbuatan jenayah ini timbul daripada maksim actus non facitreum, nisi mens sit rea, yang bermaksud bahawa perbuatan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan menyebabkan dia bersalah bagi sesuatu jenayah itu, melainkan dia berniat sedemikian. Maksim ini memperkenalkan dua konsep penting iaitu actus reus dan mens rea. Keperluan untuk kedua-dua elemen ini wujud dalam suatu kesalahan jenayah adalah penting kerana masyarakat hanya bersedia untuk menghukum sekiranya tertuduh itu boleh dipertanggungjawabkan dengan perbuatan jenayah tersebut. Oleh kerana dia bertanggungjawab terhadap kesalahan jenayah itu maka dia sepatutnya menerima hukuman seperti mana yang ditetapkan oleh undang-undang.

(1)   Actus reus

       Merujuk kepada perbuatan tertuduh yang menyebabkan berlakunya perbuatan jenayah. Misalnya, jika A menikam B dengan sebilah pisau yang menyebabkan B meninggal dunia, maka actus reus dalam kesalahan jenayah ini adalah perbuatan A menikam B [1].

(2)   Mens rea

      Untuk bertanggungan bagi sesuatu kesalahan jenayah, selain daripada perlu menunjukkan adanya actus reus, tertuduh juga mesti dibuktikan sebagai mempunyai mens rea. Mens rea bermaksud niat jahat atau a guilty mind. Tertuduh melalui perbuatannya dengan sengaja berniat untuk melakukan kesalahan jenayah itu. Seksyen 39 Kanun Keseksaan mentakrifkan dengan sengaja sebagai:

    Seseorang adalah dikatakan menyebabkan suatu kejadian dengan ‘dengan sengaja’   apabila ia menyebabkan kejadian itu dengan jalan yang ia telah bermaksud hendak menyebabkannya, atau dengan jalan yang pada masa menggunakan jalan itu, ia diketahui atau ada sebab mempercayai mungkin menyebabkan kejadian itu.

       Mens rea merupakan keperluan mental yang mesti dipenuhi dan biasanya boleh dilihat dalam peruntukan seksyen tertentu. Keperluan mental ini mesti dipenuhi kerana undang-undang jenayah hanya menghukum orang yang melakukan perbuatan jenayah itu dengan niat [2]. Misalnya dalam seksyen 300 (a) Kanun Keseksaan yang berikut:

                        Kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, mematikan
                        orang dengan salah ialah membunuh orang-jika perbuatan yang menyebabkan
                        kematian itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian;…………

     Mens rea bagi seksyen 300 (a) ini adalah niat untuk menyebabkan kematian. Untuk didapati bersalah bagi kesalahan membunuh di bawah seksyen ini, tertuduh mestilah dibuktikan mempunyai niat untuk menyebabkan kematian mangsa. Gabungan actus reus dan mens rea akan membuktikan bahawa perbuatan tertuduh, misalnya melepaskan tembakan ke kepala mangsa, dibuat dengan niat untuk menyebabkan kematian mangsa.

     Mens rea bukanlah sesuatu yang boleh dilihat, mens rea disimpulkan melalui tindak tanduk atau perlakuan tertuduh serta keadaan-keadaan sekeliling tertuduh dalam melakukan sesuatu perbuatan jenayah. Mahkamah dalam kes Norazam bin Ibrahim [3] menegaskan bahawa mens rea sebagai elemen mental tidak boleh dibuktikan dengan bukti langsung. Elemen ini hanya boleh dibuktikan melalui bukti tidak langsung dengan merujuk kepada fakta dan situasi sesuatu kes yang sedang dipertimbangkan oleh mahkamah. Bentuk kecederaan dan jenis senjata yang digunakan oleh tertuduh boleh membantu mahkamah untuk menentukan sama ada tertuduh itu berniat untuk melakukan perbuatan jenayah itu. Misalnya dalam kes Samer Klom Klom, [4] tertuduh menggunakan pisau dan menikam mangsa sebanyak 18 kali, menunjukkan dia berniat untuk menyebabkan kematian mangsa berpandukan senjata dan sifat kecederaan yang dilakukannya. Di bawah Kanun Keseksaan, elemen mens rea ini digambarkan dengan menggunakan perkataan tertentu seperti niat, dengan niat untuk, dengan curang, dengan cuai dan sebagainya [5]

   Kanun Keseksaan menyediakan perkataan tertentu untuk menggambarkan keadaan mental tertuduh. Antaranya ialah melalui niat, pengetahuan, sebab mempercayai, gopoh, kecuaian,dengan curang, dengan tipuan dan dengan jahatnya.

     Di dalam kes ini, perayu telah didapati membawa senjata api iaitu dengan membawa 2 buah bom tangan di dalam sebuah beg dan beliau menyatakan bahawa beliau ingin menyerahkannya kepada pihak polis. Mahkamah tidak menerima alasan ini kerana sebagaimana diketahui, pada waktu tersebut, sesiapa yang memiliki senjata api adalah dikatakan melakukan sesuatu kesalahan kerana pada waktu itu, bom tangan berada di merata-rata tempat kerana berada pada zaman darurat. Maka, undang-undang telah mensyaratkan bahawa sesiapa yang memiliki senjata api adalah melakukan sesuatu kesalahan. Di dalam kes ini, perayu mengetahui bahawa beliau memiliki atau membawa senjata tersebut. Oleh itu, didapati bahawa perbuatan beliau membawa senjata tersebut telah menunjukkan bahawa beliau memang berniat untuk membawa atau memiliki barang tersebut.

Aspek Tanggungan Keras

     Bagi tertuduh yang disabitkan dengan satu kesalahan jenayah, dia sepatutnya dibuktikan memenuhi kedua-dua elemen actus reus dan mens rea bagi kesalahan tersebut. Peruntukan yang memperkatakan tentang kesalahan jenayah itu akan meletakkan elemen mens rea ini dengan memasukkan perkataan tertentu seperti niat, mengetahui, dengan curang, cuai, dengan jahatnya, dengan gopoh dan sebagainya. Oleh kerana kebanyakan undang-undang kini merupakan undang-undang bertulis, maka mahkamah biasanya dalam membuat keputusan akan cuba memberikan apakah yang pada pendapatnya dimaksudkan oleh penggubal undang-undang bertulis itu. Jika tiada perkataan yang berbentuk mens rea seperti berniat, dengan curangnya, cuai, dengan jahatnya, dengan sengaja, dengan gopohnya atau pengetahuan yang dimasukkan di dalam peruntukan itu. Maka mahkamah biasanya akan memutuskan bahawa niat Parlimen adalah untuk tidak menjadikan elemen tersebut sebagai elemen yang wajib dibuktikan untuk kesalahan itu. Namun pada masa yang sama, elemen mens rea merupakan elemen asas yang wajib dipenuhi untuk membuktikan satu kesalahan, sebelum tertuduh disabitkan. Di sinilah timbulnya isu adakah peruntukan yang tidak meletakkan elemen mens rea sememangnya tidak berniat untuk menjadikan elemen itu sesuatu yang perlu dibuktikan. Atau adakah elemen mens rea itu masih perlu dibuktikan walaupun peruntukan itu membisu mengenainya.

      Kesalahan tanggungan keras tidak sama dengan kesalahan tanggungan mutlak. Kesalahan tanggungan mutlak bermaksud tertuduh bersalah tanpa memerlukan sebarang elemen mental dan dia tidak mempunyai sebarang dalihan, samada berasaskan common law ataupun statut. Kesalahan ini hanya memerlukan actus reus dibuktikan untuk tertuduh disabitkan. Sementara kesalahan tanggungan keras merupakan kesalahan di mana Mahkamah mengetepikan elemen mental bagi mendapati tertuduh bersalah. Tertuduh mesti melakukan perbuatan itu dengan sengaja. Perbuatan itu mestilah berlaku dalam kawalannya. Ini dibincangkan oleh Mahkamah dalam kes Lemon di mana Mahkamah memutuskan bahawa tertuduh didapati bersalah kerana menerbitkan karya yang memfitnah Jesus di dalam majalah miliknya.[6] Mengikut mahkamah untuk didapati bersalah bagi kesalahan ini, pendakwa tidak perlu membuktikan bahawa tertuduh berniat untuk memfitnah. Apa yang perlu dibuktikan adalah penerbitan itu diniatkan dan karya yang diterbitkan adalah berbentuk kekufuran [7].

       Kes Sulong bin Nain vs Public Prosecutor ini merupakan kes tanggungan keras yang mana sesiapa yang melakukan kesalahan ini dikira bertanggungan dan disabitkan dengan kesalahan tersebut tanpa perlu dibuktikan elemen mens rea atau niat pelaku itu.

Dalihan-Dalihan Am [8]

      Bahagian ini akan membincangkan dalihan-dalihan am yang boleh digunakan oleh tertuduh sebagai belaan terhadap pertuduhan melakukan perbuatan jenayah yang dikemukakan terhadapnya. Selain daripada dalihan am ini, Kanun Keseksaan turut menyediakan dalihan spesifik yang boleh digunakan oleh tertuduh seperti yang dilihat dalam seksyen 300 Kanun Keseksaan. Kejayaan untuk menggunakan dalihan spesifik ini akan menyebabkan kesalahan itu tidak dikategorikan sebagai kesalahan membunuh tetapi kesalahan mematikan orang dengan salah.  Tertuduh tidak sepatutnya didapati bersalah seandainya dia dapat menggunakan dalihan-dalihan am yang disediakan kerana walaupun dia melakukan perbuatan jenayah itu, tertuduh itu mempunyai dalihan mengenai perbuatan itu. Mengikut Seksyen 105 Akta Keterangan 1950, seseorang tertuduh mempunyai beban untuk membuktikan bahawa terdapat keadaan di dalam kesnya yang boleh menyebabkan dalihan itu terpakai kepada kesnya [9].

        Dalihan-daliham am ini menunjukkan perbuatan tertuduh itu mempunyai justifikasi atau terdapat sesuatu pada dirinya yang menjadi alasan kepada perbuatannya itu. Sedikit perbincangan akan dibuat mengenai justifikasi dan alasan. Apabila tertuduh dikatakan mempunyai alasan dalam melakukan sesuatu perbuatan jenayah itu, tingkahlaku tertuduh yang menjadi perhatian. Tertuduh tidak bersalah kerana ada sesuatu pada dirinya yang menyebabkan dia tidak boleh dipersalahkan, misalnya jika dia tidak sempurna akal atau melakukan sesuatu dalam keadaan mabuk, atau tertuduh merupakan seorang kanak-kanak yang belum mencapai umur tertentu ataupun jika telah mencapai umur, belum mempunyai kematangan.

     Apabila tertuduh melakukan sesuatu perbuatan jenayah kerana adanya justifikasi, ini bermakna perbuatan jenayah tertuduh itu diterima sebagai dibenarkan untuk dilakukan oleh undang-undang. Misalnya A membunuh B. Fakta menunjukkan bahawa B telah datang ke rumah A dengan sebilah pisau dan cuba menyerang A. A cuba merampas pisau itu dan semasa pergelutan berlaku, A menikam B yang menyebabkan B mati. Dalam keadaan ini perbuatan A membunuh B dibenarkan kerana A melakukannya semasa cuba mempertahankan dirinya daripada serangan B. A di sini mempunyai justifikasi untuk  melakukan perbuatan jenayah itu. Perbuatan A dibenarkan oleh undang-undang untuk mempertahankan dirinya [10]

    Membahagikan dalihan ini kepada justifikasi ataupun alasan turut membantu Mahkamah dalam menentukan hukuman kerana bagi kesalahan yang dilakukan kerana justifikasi, Mahkamah tidak perlu mengkhuatiri untuk kesalahan ini berulang lagi. Keadaan ini berbeza dengan perbuatan jenayah yang dilakukan dengan alasan. Kemungkinan perbuatan jenayah yang sama berulang adalah besar kerana sesuatu yang ada pada tertuduh yang menyebabkan tertuduh melakukan perbuatan itu. Dalam keadaan ini tertuduh mestilah diletakkan di bawah pengawasan. Misalnya bagi seorang tertuduh yang tidak sempurna akal, dan dia berjaya menggunakan dalihan ini, dia mesti diletakkan di tempat yang mempunyai pengawasan, agar dia tidak mengulangi perbuatan jenayah yang sama di masa hadapan. Namun apa yang pasti sama ada justifikasi ataupun alasan, tertuduh tidak didapati bersalah untuk perbuatan jenayah yang telah dilakukan [11].

B.DALIHAN AM

(4) Silap faham

     Dalihan berbentuk silap faham di sini merujuk kepada silap faham nyataan dan bukan undang-undang. Jika dalihan silap faham mengenai undang-undang dibenarkan, maka amatlah sukar untuk digunakan bersama dengan maksim yang menyatakan bahawa kejahilan undang-undang bukanlah suatu dalihan (ignorance of the law is no excuse). Dalam kes Bailey (1800) 168 ER 657 di mana tertuduh didapati bersalah untuk perbuatan jenayah yang telah diwujudkan oleh Parlimen semasa dia berada di tengah lautan. Walaupun dia tidak mengetahui tentang peruntukan Akta itu dan dia tidak mempunyai cara untuk mengetahuinya, dia masih dianggap bertanggungan. Apakah yang dimaksudkan dengan silap faham undang-undang?Silap faham undang-undang berlaku apabila satu pihak yang mempunyai pengetahuan mengenai fakta telah membuat kesimpulan yang salah berkaitan dengan kesan undang-undang tersebut. Dalam kes Kaluram Nenuram AIR (1934) Sin 52 tertuduh telah ke rumah pengadu dengan seorang pegawai mahkamah untuk menguatkuasakan waran. Pegawai mahkamah memanggil nama pengadu tetapi tiada jawapan. Isteri pengadu berada di dalam rumah pada masa itu. Apabila melihat orang yang tidak dikenalinya, isteri pengadu telah menutup pintu rumahnya. Tertuduh telah menolak pintu itu sehingga menyebabkan isteri pengadu terjatuh dan pengsan. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 352 untuk kekerasan jenayah dan didapati bersalah. Mahkamah berpendapat bahawa tertuduh bukan orang yang bertanggungjawab untuk menguatkuasakan waran itu maka dia tidak berhak untuk menolak pintu sehingga mencederakan isteri pengadu. Silap faham undang-undang ini boleh berlaku samada kerana tertuduh menyangka bahawa undang-undang mengenai sesuatu perkara itu ada ataupun tidak, atau silap faham berkaitan dengan subjek yang diperkatakan oleh sesuatu undang-undang itu [12].

     Seksyen 76 dan 79 Kanun Keseksaan merujuk kepada dalihan berdasarkan silap faham. Seksyen 76 menetapkan bahawa tidaklah menjadi kesalahan bagi seorang tertuduh yang melakukan sesuatu kerana silap faham nyataan bahawa dia terpaksa melakukannya di sisi undang-undang. Sementara Seksyen 79 pula merujuk kepada tertuduh yang melakukan sesuatu perbuatan jenayah kerana silap faham nyataan bahawa dia dibenarkan untuk berbuat demikian oleh undang-undang. Di antara kedua-dua seksyen ini, Seksyen 79 adalah lebih luas kerana dibenarkan oleh undang-undang, boleh merangkumi terpaksa di sisi undang-undang. Ungkapan dibenarkan oleh undang-undang merujuk kepada keadaan di mana tertuduh mempunyai sebab yang mencukupi untuk mempercayai bahawa dia dibenarkan untuk melakukan perkara tersebut. Dalam keadaan ini perbuatannya tidak menjadi satu kesalahan.

       Apakah yang dimaksudkan dengan silap faham nyataan? Silap faham nyataan merujuk kepada kesilapan yang melibatkan sesuatu fakta atau nyataan. Keadaan ini mungkin berlaku kerana tertuduh tidak mempunyai maklumat yang cukup, atau menerima maklumat yang salah, terlupa, cuai atau mempunyai syak wasangka. Untuk menggunakan dalihan silap faham nyataan ini, perlu dibuktikan beberapa perkara iaitu:

(i)          Keadaan mengenai perkara yang dipercayai itu, jika benar, membenarkan perbuatan tertuduh

(ii)         Silap faham itu mestilah munasabah, dan

(iii)     Silap faham itu mestilah melibatkan silap faham nyataan berkaitan dengan fakta dan bukan undang-undang

       Misalnya dalam kes Chirangi, AIR (1952) Nag 156 tertuduh membunuh anaknya kerana dia menyangka anaknya itu adalah seekor harimau. Tertuduh menghadapi masalah bilateral cataract di samping mengalami keadaan suhu badan yang tinggi menyebabkan dia mengalami temporary delirium. Akibat daripada gabungan kedua-dua masalah ini, tertuduh dengan suci hati menyangka yang dibunuhnya adalah seekor harimau dan bukan anaknya. Dia tidak didapati bersalah kerana adanya silap faham nyataan. Dalam kes Bonda Kui, 43 Cri LJ 787 tertuduh menyangka dia dibenarkan oleh undang-undang untuk membunuh mangsa yang dipercayai sebagai satu makhluk yang memakan manusia. Dia bertindak berdasarkan silap faham nyataan. Lihat pula kes Abdullah (1954) 20 MLJ 195 tertuduh dituduh merogol dan perbincangan mengenai Seksyen 79 berbangkit daripada dalihan yang dikemukakan oleh tertuduh bahawa dia menyangka mangsa berumur lebih daripada enam belas tahun, sedangkan pada hakikatnya mangsa berusia kurang daripada empat belas tahun. Sementara dalam kes Sulong Nain (1947) MJL 138 [13] mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang silap faham mengenai apakah barang yang berada dalam milikannya iaitu dua biji bom tangan maka dalihan di bawah seksyen 79 ini tidak boleh digunakan.

           Selain daripada membuktikan silap faham nyataan, tertuduh juga perlu membuktikan bahawa tindakan yang dilakukannya adalah dilakukan dengan suci hati. Seksyen 52 mentakrifkan suci hati sebagai melakukan atau mempercayai sesuatu dengan hemat dan cermat. Dalam kes Mat Salleh v Sarah (1883) 3 Kyshe 167 mahkamah memutuskan tindakan tertuduh dilindungi undang-undang kerana tertuduh dengan munasabah mempercayai bahawa dia mempunyai hak ke atas rumah mangsa kerana dia telah membeli rumah itu daripada Samat. Tindakan tertuduh dibuat dengan suci hati [14].

                Di dalam kes ini, peguam tertuduh cuba menggunakan seksyen 76 dan 79 sebagai dalihan kepada tertuduh. Sebagaimana diketahui, seksyen 76 berkenaan dengan silap faham nyataan. Manakala seksyen 79 berkaitan dengan silap faham undang-undang. Peguam tertuduh membawa hujah bahawa anak guamnya telah silap fakta mengenai barang yang dibawanya dan mahkamah mendapati bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang silap faham mengenai apakah barang yang berada dalam milikannya dan beliau sendiri mengetahu bahawa beliau membawa atau memiliki senjata api iaitu dua biji bom tangan maka dalihan di bawah seksyen 76 ini tidak boleh digunakan. Seksyen 79 juga tidak terpakai di dalam kes ini tertuduh tidak mempunyai silap faham undang-undang dan sebagaimana diketahui, semua orang dianggap sebagai mengetahui akan sesuatu undang-undang tersebut.


ALASAN PENGHAKIMAN DAN KEPUTUSAN

     Mahkamah dalam penghakimannya terhadap rayuan perayu terhadap pensabitan bagi kesalahan membawa senjata iaitu dua bom tangan yang bertentangan dengan Seksyen 3 (1) Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan. Fakta yang tidak dipertikai, iaitu semasa ditangkap, perayu membawa beg, dan di dalamnya terdapat dua bom tangan beserta dua sumbu yang lengkap dengan bahan peledak. Perayu dalam keterangannya kepada pihak mahkamah menyatakan bahawa semasa ditangkap beliau membawa dua bom tangan dengan niat untuk menyerahkannya kepada pihak polis.

         Hakim dalam alasan penghakimannya menyatakan bahawa perayu didapati bersalah kerana membawa senjata. Ini kerana, pada masa tersebut, Undang-undang Darurat melarang pemilikan senjata api dan tujuannya adalah bagi menghalang pemilikan senjata api secara berleluasa setelah tamat perang dan sesiapa yang melakukannya, dikira bertanggungan keras (SL).

       Bagi alasan perayu yang menyatakan bahawa beliau berniat untuk menyerahkan bom tangan tersebut kepada pihak polis, Mahkamah tidak menerima alasan ini. Hakim dalam penghakimannya menyatakan bahawa tidak syak lagi bahawa tertuduh membawa bom tangan tersebut ke Seremban bagi tujuan dirinya sendiri, dan beliau tiada niat untuk menyerahkannya kepada pihak polis. Beliau juga mengetahui bahawa barang yang beliau miliki merupakan senjata api dan dengan ini beliau didapati bersalah.

        Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa perayu didapati bersalah kerana memliki senjata api iaitu dua bom tangan yang bertentangan dengan seksyen 3 (1) Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan. Beliau telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara bagi satu tempoh yang ditentukan.



ANALISIS

           Kes ini berkaitan dengan OKT yang menghadapi tuduhan membawa senjata api yang bertentangan dengan seksyen 3(1) di bawah Arahan Awam dan Pengisytiharan Keselamatan 1946. Kesalahan tersebut ialah satu larangan keras dan mutlak. Perayu dalam hujahnya mengemukakan dalihan silap fakta di bawah Seksyen 76  Kanun Keseksaan. Namun, mahkamah menolaknya dan menyatakan bahawa sekiranya seseorang dengan sengaja telah membawa senjata, dengan ini tiada lagi kesilapan fakta yang boleh diterima dalam perundangan. Oleh itu seseorang itu memang telah tahu dia membawa senjata dan sekaligus sememangnya berniat membawa senjata itu. Oleh itu, bagi sesuatu kesalahan jenayah yang bertanggungan keras, maka elemen mens rea ternyata tidak diperlukan dan memadai dengan wujudnya elemen actus reus sahaja.
           Bagi dalihan am pula, perayu cuba menggunakan seksyen 76 dan 79 sebagai dalihan. Di dalam kes ini, dalihan silap faham fakta atau nyataan tidak diterima. Ini kerana, perayu memang telah mengetahui bahawa beliau sedang membawa senjata api ketika ditangkap. Oleh itu, tiada salah faham fakta yang boleh dibuktikan bagi membuktikan bahawa beliau tidak mengetahu akan barang yang sedang dibawa itu. Seksyen 79 pula tidak boleh digunakan dalam kes ini kerana perayu sememangnya mengetahui akan kesalahan membawa atau memiliki senjata api pada waktu itu dan mustahil beliau tidak mengetahui akan undang-undang tersebut. Ini kerana semua orang dianggap mengetahu akan kewujudan undang-undang.






1.  [1] Siti Zaharah, Datin Nor Aini (2010), Undang-undang Jenayah di Malaysia, Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn Bhd, hlm 13
[2] Opcit,.18
[3] [2006] 3 AMR 524
[4] [1996] 2 CLJ 359
[5] Opcit,.19
[6] Opcit,. 36
[7] Opcit,.37
[8] Opcit,. 84
[9] Jayasena [1970] 1 All ER 219
[10] Opcit,. 84
[11] Opcit,.85
[12] Opcit,.95
[13] Opcit,.96
[14] Opcit,.97

Penetapan Kadar Keuntungan & Kerugian Dalam Akad Syirkah dan Mudharabah


Bagaimanakah untuk menetapkan kadar keuntungan dan kerugian dalam akad syirkah dan mudharabah?

Dari segi bahasa (etimologi) syirkah bererti ikhtilath (percampuran), iaitu bercampurnya satu harta dengan harta yang lain, sehingga tidak boleh dibezakan antara keduanya. Selain itu, perkataan syirkah itu digunakan oleh umat Islam untuk sebuah transaksi perkongsian dalam dunia perniagaan.[1]
Secara syara’ (terminologi) menurut Syafi’iyah syirkah ditakrifkan sebagai ketetapan hak pada sesuatu yang dimiliki oleh dua orang atau lebih dengan cara yang masyhur (diketahui).[2] Manakala menurut Malikiyah pula ialah perkongsian adalah izin untuk mendayagunakan (tasharruf) harta yang dimiliki dua orang secara bersama-sama oleh keduanya, iaitu keduanya saling mengizinkan kepada salah satunya untuk mendayagunakan harta milik keduanya, namun masing-masing memiliki hak untuk ber-tasharruf (pengaturan)”. [3] Kemudian menurut Hanafiyah syirkah merupakan ungkapan tentang adanya transaksi (aqad) antara dua orang yang bersekutu pada pokok harta dan keuntungan.[4] Menurut Hanabilah menyatakan syirkah ialah perhimpunan adalah hak atau pengelolaan harta (tasharruf)”.
Manakala menurut bahasa, perkatan mudharabah berasal dari adh-dharbu fil ardhi, iaitu melakukan perjalanan untuk berniaga. Mudharabah disebut juga qiradh, berasal dari kata qardh yang berarti qath (sepotong), karena pemilik modal mengambil sebagian dari hartanya untuk diperdagangkan dan ia berhak mendapatkan sebagian dari keuntungannya.
Menurut istilah fiqh, kata mudharabah adalah akad perjanjian antara kedua belah pihak, yang salah satu dari keduanya memberi modal kepada yang lain supaya dikembangkan, sedangkan keuntungannya dibagi antara keduanya sesuai dengan ketentuan yang disepakati.[5]
Para fuqaha Mesir yang bermazhab Syafi’i dan Maliki berpendapat bahwa syirkah dibagi menjadi empat jenis iaitu Syirkah ‘Inan, Syirkah Mufawidhah, Syirkah Abdan/A’mal dan Syirkah Wujuh.[6]

Berikut adalah cara pembahagian keuntungan dan kerugian mengikut jenis syirkah :

  1. Syirkah ‘inan
Iaitu kerjasama antara dua orang dalam harta yang dimiliki untuk berdagang secara bersama dan membahagi keuntungan dan kerugian bersama-sama. Begitu juga dalam pembahagian hasil keuntungan, setiap ahli memperolehi jumlah yang sama dan terdapat juga yang memperolehi jumlah berbeza bergantung kepada persetujuan yang mereka buat dan bersesuaian dengan syarat. Manakala cara untuk menentukan kerugian adalah berdasarkan kepada modal yang diberikan sebagaimana disyaratkan di dalam kaedah : “Keuntungan didasarkan kepada persyaratan yang ditetapkan oleh keduanya, sedangkan kerugian atau pengeluaran didasarkan kepada kadar harta keduanya”.

  1. Syirkah mufawidhah
Mufawidhah bermaksud persamaan. Dinamakan mufawidhah kerana harus ada kesamaan dalam modal, keuntungan dan kerja.
Syirkah mufawidhah adalah akad dua orang atau lebih untuk bersyarikat dengan syarat memiliki kesamaan dalam jumlah modal, penentuan bagi keuntungan dan dari segi pengolahan (kerja). Ulama Hanafiyah membolehkan perkongsian jenis ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW : “Samakanlah modal kalian sebab hal itu lebih memperbesar barakah”.[7]

  1. Syirkah abdan (a’mal)
Perkongsian a’mal adalah gabungan dua orang atau lebih untuk menerima suatu pekerjaan yang akan dilakukan bersama-sama. Kemudian keuntungan akan dibahagikan di antara keduanya dengan menetapkan persyaratan tertentu. Perkongsian jenis ini terjadi, misalnya di antara dua orang penjahit, tukang besi dan lain-lain. Perkongsian ini disebut juga dengan perkongsian shana’i dan taqabbul.[8].

  1. Syirkah wujuh
Perkongsian wujuh adalah kesatuan dua pemimpin dalam pandangan masyarakat tanpa modal, untuk membeli barang secara kredit dan akan menjualnya secara tunai, kemudian keuntungan yang diperoleh dibahagi antara mereka dengan syarat tertentu. Dinamakan wujuh kerana tidak terjadi jual beli secara kredit jika keduanya tidak dianggap sebagai pemimpin dalam pandangan masyarakat. Perkongsian ini juga dikenali sebagai bentuk perkongsian kerana adanya tanggungjawab bukan kerana modal atau pekerjaan. Ulama Hanafiyah dan Hanabilah membolehkan jenis perkongsian ini sebab mengandungi unsur adanya perwakilan dari seseorang kepada rakan kongsinya dalam penjualan dan pembelian. Kedua-duanya dibolehkan untuk mendapatkan keuntungan masing-masing ½ atau lebih dari ½ sesuai dengan persyaratan yang disepakati kedua-dua belah pihak. Keuntungan harus diukur berdasarkan tanggung jawab, tidak boleh dihitung melebihi kadar tanggungan masing-masing. Pendapat ini didasarkan pada hadis, Rasulullah Saw : “(Bahagian) orang-orang Islam bergantung pada syarat yang mereka (sepakati)”.[9]

Dalam pembahagian keuntungan dan kerugian di dalam konsep mudharabah perlu melihat kepada hal-hal berikut:
  1. Keuntungan berdasarkan kesepakatan dua belah pihak, namun kerugian hanya ditanggung pemilik modal.[10] Ibnu Qudamah dalam Syarhul Kabir menyatakan: “Keuntungan sesuai dengan kesepakatan berdua.” Lalu dijelaskan dengan pernyataan: “Maksudnya dalam seluruh jenis syarikat dan hal itu tidak ada perselisihannya dalam Al Mudharabah murni.” Ibnul Mundzir menyatakan: “Para ulama bersepakat bahwa pengelola berhak memberikan syarat atas pemilik modal 1/3 keuntungan atau ½ atau sesuai kesepakatan berdua setelah hal itu diketahui dengan jelas dalam bentuk persen.” [11]
  2. Pengelola modal hendaknya menentukan bagiannya dari keuntungan. Apabila keduanya tidak menentukan hal tersebut maka pengelola mendapatkan gaji yang umum dan seluruh keuntungan milik pemilik modal (investor).[12] Ibnu Qudamah menyatakan: “Diantara syarat sah Mudharabah adalah penentuan bahagian pengelola modal kerana ia berhak mendapatkan keuntungan dengan syarat sehingga tidak ditetapkan kecuali dengannya. Seandainya dikatakan: Ambil harta ini secara mudharabah dan tidak disebutkan (ketika akad) bagian pengelola sedikitpun dari keuntungan, maka keuntungan seluruhnya untuk pemilik modal dan kerugian ditanggung pemilik modal sedangkan pengelola modal mendapat gaji umumnya. Inilah pendapat Al Tsauri, Al Syafi’i, Ishaaq, Abu Tsaur dan Ashhab Al Ra’i (Hanafiyah).”[13] Beliaupun merajihkan pendapat ini.
  3. Pengelola modal tidak berhak menerima keuntungan sebelum menyerahkan kembali modal secara sempurna. Bererti tidak seorang pun berhak mengambil bahagian keuntungan sampai modal diserahkan kepada pemilik modal, apabila ada kerugian dan keuntungan maka kerugian ditutupi dari keuntungan tersebut, baik kerugian dan keuntungannya dalam satu kali atau kerugian dalam satu perniagaan dan keuntungan dari perniagaan yang lainnya atau yang satu dalam satu perjalanan niaga dan yang lainnya dalam perjalanan lain. Kerana makna keuntungan adalah lebihan dari modal dan yang tidak ada lebihannya maka bukan keuntungan. [14]
  4. Keuntungan tidak dibahagikan selama akad masih berjalan kecuali apabila kedua pihak saling meredhai dan sepakat.[15] Ibnu Qudamah menyatakan: “Keuntungan jika jelas dalam mudharabah, maka pengelola tidak boleh mengambil sedikitpun darinya tanpa izin pemilik modal.





[1] Wahbah Az-Zuhaily, Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Juz IV, Darul Fikri, Beirut, 1989, hal.3875
[2] Muhammad asy-Syarbini, Mughni al-Muhtaj, juz 3 hal. 364
[3] Ad-Dasuki, Asy-Syarh Al-Kabir ma’a Ad-Dasuqi, juz 3 hal. 348
[4] Ibnu Abidin, Radd al-Mukhtar dar al-Muhtar, juz 3 hal. 364
[5] Sayyid Sabiq, Fiqhus Sunnah, Jil III, hal.212
[6] Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtashid, juz 2 hal.248
[7] Ali al-Khafif, Asy-Syirkah fi Fiqh al-Islami, hal. 34
[8] Muhammad asy-Syarbini,Mughni al-Muhtaj, juz 2 hal. 212
[9] Ibn Rusyd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtashid, juz 2 hal.252
[10] Ibnu Qudamah, Al Mughni, tahqiq Abdullah bin Abdulmuhsin Al Turki, Jil 7 hal.138
[11] Abdullah bin Muhammad Al Thoyaar Al Bunuk Al Islamiyah Baina An Nadzoriyat Wa Tathbiq, Muassasah Al Jurais, Riyaadh, hal 122
[12] Al Mughni op.cit 7/140.
[13] Ibid  7/165.
[14] Al Bunuk Al Islamiyah op.cit 123.
[15] Al Mughni op.cit 7/172

Tuesday, December 4, 2012

Masak-masak : Durian Crepe Simple

Bahan A :

400 ml santan (pakai santan kotak je senang & no kolestrol)
100 ml air
secubit garam
1/2 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh marjerin/mentega dicairkan dulu

Bahan B :

250 ml whipping cream
3/4 ulas durian



Cara-cara :

  1. Blendkan bahan A sampai sebati.
  2. Pukul whiping cream sampai kental.
  3. Sapukan minyak masak menggunakan tisu ke atas permukaan pan (pakai non stick senang nak angkat).
  4. Tuang bahan A ke dalam pan. 
  5. Biarkan sehingga masak jangan terbalik-balikkan.
  6. Angkat crepe dan biarkan sejuk (jangan tindih2 nanti melekat).
  7. Letakkan whipping cream dan isi durian di atas crepe.
  8. Lipat dan simpan dalam peti sejuk.


Ta daaa~ !!!

Nyum 3


Masak-masak : Tira MISS You ( tiramisu mudah )

Bahan-bahan :

Bahan A
250 ml whipping cream
250 gm cream cheese (nak best jenama kraft philadelphia)
1 sudu teh perasa vanilla
1/3 cawan gula castor (malas beli blender je gula pasir)

Bahan B
1/2 sudu makan nescafe
1/2 cawan air suam
kek chiffon perisa kopi
serbuk koko (van houten)



Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan A dan pukulkan sampai kental.
  2. Potong2 kek chiffon & rendamkan ke dalam bancuhan nescafe tadi.
  3. Rendam cepat2 & terus susun ke dalam bekas jadi 1st layer.
  4. Masukkan campuran bahan A jadi 2nd layer.
  5. Kemudian, ayakkan serbuk koko atas 2nd layer tadi.
  6. Ulang langkah diatas mengikut berapa2 layer yg anda mahu.
  7. Selamat mencuba ! ^_^ 



campurkan cream cheese+vanilla+gula castor
tak nak mercik2 masukkan whipping cream last sekali
ayakkan serbuk koko supaya tak berketul


tadaaaa~ !! dah jadi...mudah kan?