PENDAHULUAN
Khalwat menurut peruntukan seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah
Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa mana-mana
orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada
seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau orang perempuan yang
didapati berada bersama dengan seorang lelaki atau lebih daripada seorang
lelaki yang bukan suami atau mahramnya di mana-mana tempat yang terselindung
atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak bahawa
mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah melakukan
kesalahan.
Di Malaysia, khalwat adalah salah satu kesalahan jenayah yang
diperuntukkan di dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di setiap negeri.
Apabila seseorang itu disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Larangan terhadap perbuatan khalwat yang boleh menghampiri zina
telah dinyatakan di dalam Firman Allah S.W.T yang bermaksud :
وَلاَ
تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah
satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).”
Manakala, terdapat juga hadith yang membicarakan tentang larangan
perbuatan khalwat sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W :
لا يخلون رجل بأمراءة لا تحل له فان ثالثهما الشيطان
“ Janganlah
kamu bersunyi-sunyian dengan perempuan yang tidak halal bagi kamu kerana
sesungguhnya orang yang ketiga adalah syaitan.”
Di dalam tugasan
subjek Undang-undang Keterangan Islam II ( IUEL 3203 ), dua kes berkaitan
kesalahan khalwat akan dikaji dan lebih diperincikan mengikut aspek-aspek
Undang-undang Keterangan.
FAKTA KES 1
·
KES
PERTAMA
Kes pertama
ialah kes Pendakwa Syarie Kelantan lwn. Mat Rahim dan Nik Azimah yang
dibicarakan di Mahkamah Qadhi Besar, Kelantan. Kes ini dihakimi oleh Y.A Rawi
Mat Yaman iaitu Timbalan Qadhi Besar pada 14 Januari 1992.
Di dalam kes
ini, kedua-dua tertuduh iaitu Mat Rahim dan Nik Azimah telah dituduh melakukan
kesalahan berkhalwat yang boleh dihukum di bawah seksyen 9(1) dan (2) Kanun
Jenayah Syariah 1985.
Sebagai
pembelaan pihak tertuduh telah mendakwa bahawa mereka telah berkahwin mengikut
Hukum Syarak di Thailand dengan mengemukakan 2 orang saksi lelaki dan juga
surat keterangan nikah Thailand serta surat pengesahan nikah yang dikeluarkan
oleh Majlis Hal Ehwal Ugama Islam, Narathiwatt, Thailand.
Manakala, pihak
pendakwa pula telah mengemukakan 3 orang saksi lelaki yang semuanya terdiri
daripada Pegawai dan Kakitangan Pejabat Penyelia Ugama Kota Bharu.
Pihak pendakwa
telah diberi masa untuk penyiasatan dan penelitian surat nikah itu akan tetapi
pihak pendakwa kemudiannya telah berhujah bahawa beban pembuktian untuk
mengesahkan keterangan nikah di Thailand itu terletak di atas 2 tertuduh kerana
mereka yang mempunyai pengetahuan khas berhubung dengan keterangan nikah dan
perkahwinan tersebut.
FAKTA KES 2
·
KES KEDUA
Kes kedua iaitu
kes Rusidah Binte Abdul Ghani lwn. Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan yang dibicarakan oleh Lembaga Rayuan Syariah Wilayah
Persekutuan. Yang mana lembaga ini dipengerusikan oleh Wan Hamzah bin Haji Wan
Mohamed Salleh dan juga Ahmad Ibrahim serta Abdul Hamid bin Othman sebagai ahli pada 8 Februari 1990.
Kes ini
merupakan kes rayuan yang mana pada mulanya ia telah dibicarakan di Mahkamah
Rendah Syariah pada 20 Oktober 2010. Di dalam kes ini, perayu telah dituduh di
bawah Fasal 157(1) Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen
Pentadbiran Hukum Syarak 1988) yang mana dia telah didapati berkhalwat dengan
seorang lelaki bernama Yahya bin Mohd Isa yang bukan suami atau mahramnya
menurut syarak.
Setelah
dibacakan pertuduhan ke atasnya, perayu telah mengaku faham dan mengaku salah.
Akan tetapi, sebelum dia disabitkan kesalahannya pihak pendakwa telah
memberitahu mahkamah bahawa perayu telah melacur dirinya hampir 5 tahun dan
beliau meminta pihak mahkamah supaya menjatuhkan hukuman yang setimpal supaya
dia menjadi iktibar untuk dirinya dan orang lain.
Mahkamah Rendah
Syariah pada ketika itu meluluskan permohonan Pendakwa dan menjatuhkan hukuman
denda sebanyak $400.00 dan penjara selama 2 bulan jika tidak dibayar denda
ditambah penjara sebulan mulai dari tarikh hukuman diputuskan.
Di dalam
perbicaraan pertama di Mahkamah Rendah, jelas terdapat perselisihan sama ada
orang yang dituduh (perayu) masih bekerja sebagai pelacur atau tidak kerana di
dalam jawapannya kepada soal mahkamah dalam perbicaraan itu telah berkata
bahawa dia sudah berhenti kerja sebagai pelacur dan telah balik ke Kelantan.
Namun, Y.A Hakim nampaknya telah menerima apa sahaja yang disebut oleh Pendakwa
dan menjatuhkan hukuman seperti yang telah dinyatakan di atas.
Kemudiannya, perayu
di dalam alasan rayuannya telah menyatakan bahawa dia telah bertaubat dan tidak
akan bekerja sebagai perempuan jahat dan dia turut menyatakan bahawa dia telah
balik ke Kelantan dan menjaga 4 orang anaknya selepas doceraikan oleh suaminya.
Perayu juga telah melafazkan taubatnya di Mahkamah.
ISU KES
·
KES
PERTAMA
- Sama
ada orang yang kena tuduh merupakan pasangan yang telah berkahwin secara Hukum
Syarak.
- Sama
ada beban pembuktian terhadap pengesahan keterangan nikah terletak di bawah
pihak pendakwa.
·
KES KEDUA
- Sama
ada orang yang dituduh masih bekerja sebagai pelacur atau tidak.
- Sama
ada permohonan dari Pendakwa supaya menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan
kesalahan yang dituduh berhak dipertimbangkan.
PEMBUKTIAN & KETERANGAN
·
BEBAN
PEMBUKTIAN & KETERANGAN
Beban pembuktian menurut Undang-undang Keterangan terbahagi kepada
2 jenis iaitu beban undang-undang dan beban keterangan. Beban pembuktian adalah
frasa yang digunakan untuk menerangkan tugas yang terletak ke atas sesuatu pihak
untuk mewujudkan suatu kes atau suatu fakta. Beban pembuktian adalah merangkumi
beban untuk mewujudkan kes (beban undang-undang) dan juga beban untuk membawa
keterangan.
Hal ini seperti yang disebutkan di dalam seksyen 73(2) Akta
Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang menyatakan
:
“ (2) Apabila seseorang terikat
untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan beban membuktikan
terletak pada orang itu.”
Di dalam kes jenayah, beban pembuktian adalah tertanggung ke atas
pihak pendakwa dan perlu mengandungi elemen penting jenayah sehingga menacapai
tahap prima facie kes tersebut. Ia juga dikenali sebagai beban undang-undang.
Menurut sabda Rasulullah S.A.W yang dipetik daripada kitab Bulugh Al-Maram
karangan As-sana’ni di dalam bab ad-Dakwa wa al-Bayyinat halaman 183 yang bermaksud
:
“Sekiranya diberikan kepada manusia kuasa untuk mendakwa, nescaya
mereka akan menghukum dengan darah dan harta mereka, akan tetapi sumpah keatas
orang yang di dakwa, dalam sanad yang lain : keterangan keatas orang yang
mendakwa dan sumpah keatas orang yang menafikan.”
Manakala, beban keterangan pula adalah beban yang terletak kepada
pihak yang satu lagi untuk membawa keterangan bagi meragukan atau membawa isu
ke atas kes pendakwaan. Oleh itu, dalam kes jenayah, beban keterangan ini
adalah tertanggung ke atas orang yang
kena tuduh / defenden setelah terbukti
prima facie ke atas sesuatu kes dan beban tersebut akan berubah-ubah mengikut
situasi sesuatu kes. Yang dituduh pula menanggung beban bela diri, jika gagal
atau berdiam diri sabitan boleh dikenakan.
Berdasarkan kes yang pertama iaitu kes Pendakwa Syarie Kelantan lwn.
Mat Rahim dan Nik Azimah, beban undang-undang adalah tertanggung ke
atas pihak pendakwaan. Pihak pendakwa perlu membuktikan wujudnya fakta untuk
menjawab fakta isu supaya beban itu boleh dilepaskan. Dalam kes ini, orang kena tuduh telah
disabitkan kesalahan dibawah seksyen seksyen 9(1) dan (2) Kanun Jenayah Syariah
1985 yang berkaitan dengan kesalahan
khalwat.
Dalam kes ini, pihak tertuduh telah mendakwa bahawa mereka telah
berkahwin mengikut Hukum Syarak di Thailand dengan mengemukakan 2 orang saksi
lelaki dan juga surat keterangan nikah Thailand serta surat pengesahan nikah
yang dikeluarkan oleh Majlis Hal Ehwal Ugama Islam, Narathiwatt, Thailand
sebagai pembelaan.
Manakala, pihak pendakwa pula telah mengemukakan keterangan 3 orang
saksi lelaki yang semuanya terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Pejabat
Penyelia Ugama Kota Bharu.
Pihak pendakwa di dalam kes ini gagal membuktikan fakta asas bagi
kesemua elemen-elemen khalwat di dalam kes ini iaitu wujudnya keadaan
bersekedudukan dan bersekediaman, antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim
mengikut hukum syarak dan boleh mendatangkan syak.
Hal ini kerana, walaupun pihak mahkamah telah meluluskan permohonan
pihak pendakwa untuk menangguh perbicaraan kes ini supaya membolehkannya
membuat siasatan dan penelitian terhadap dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh
pihak yang kena tuduh. Namun, pihak pendakwa gagal membuktikan bahawa dokumen-dokumen tersebut mengandungi
unsur-unsur pemalsuan atau diperolehi secara penipuan atau penyelewengan.
Pihak pendakwa dengan alasannya apabila Mahkamah kembali bersidang
menyatakan bahawa beban bukti untuk mengesah keterangan dokumen-dokumen
tersebut adalah terletak di atas kedua-dua tertuduh kerana mereka yang
mempunyai pengetahuan khas berhubung dengan keterangan nikah dan perkahwinan
tersebut mengikut peruntukan seksyen 106 Undang-undang Keterangan 1950 dan
Seksyen 77 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah No.2 Tahun 1991. Peguambela
pihak tertuduh membantah kenyataan dan alasan pihak pendakwa sebagaimana yang
disebut dalam nota perbicaraan.
Oleh yang demikian , keterangan di pihak pendakwaan adalah lemah
dan beban pembuktian tidak berjaya dilepaskan manakala kedua-dua tertuduh
dibebaskan.
Kes yang kedua iaitu kes Rusidah Binte Abdul Ghani lwn.
Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, kes ini merupakan
kes jenayah maka beban undang-undang adalah tertanggung ke atas pihak
pendakwa. Di dalam kes rayuan pihak yang dituduh (perayu) menanggung beban bela
diri (beban keterangan) bagi meragukan atau membawa isu ke atas kes pendakwaan.
Semasa kes ini dibicarakan di Mahkamah Rendah, pihak pendakwa telah
berjaya membuktikan bahawa pihak tertuduh telah didapati berkhalwat dengan
seorang lelaki bernama Yahya bin Mohd Isa yang bukan suami mahupun mahramnya di
bilik No.2 Kim Hua Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur.
Tertuduh telah mengaku faham dan mengaku salah atas tuduhan khalwat
yang telah dibacakan terhadapnya. Pengakuan tertuduh di dalam kes ini adalah berbentuk
pengakuan salah (confession). Oleh itu, hakim di dalam kes ini mengambil
iqrar tersebut adalah sebagai pengakuan salah dalam menjatuhkan hukuman ke atas
orang kena tuduh.
Pihak yang dituduh dihukum dengan denda $400.00 dan 2 bulan
penjara. Kemudiannya, dia telah merayu terhadap hukuman yang telah dijatuhkan
itu. Namun, pihak pendakwa sebelum tertuduh disabitkan kesalahan telah
memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah melacur dirinya hampir 5 tahun dan
beliau meminta mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal supaya ia tidak
melacurkan diri dan menjadi iktibar orang lain. Dalam kenyataannya, tertuduh
telah berkata dia telah berhenti menjadi pelacur dan telah balik ke Kelantan
untuk menjaga anaknya.
Di dalam perbicaraan rayuan, tertuduh mengulangi apa yang disebut
di dalam Mahkamah Rendah Syariah dan membuat pengakuan bahawa dia telah
bertaubat dan tidak akan bekerja sebagai perempuan jahat. Dia mengakui telah
pulang ke Kelantan dan menjaga 4 orang anaknya setelah diceraikan oleh
suaminya. Perayu juga turut melafazkan taubatnya di Mahkamah.
Di dalam perbicaraan rayuan ini, pihak pendakwa telah gagal untuk
membuktikan bahawa perayu masih bekerja sebagai pelacur dan dalam keadaan itu
pihak Lembaga Rayuan Syariah memutuskan untuk membatalkan hukuman penjara yang
dikenakan ke atas perayu akan tetapi mengesahkan hukuman denda sebanyak $400.00
yang dikenakan ke atasnya.
·
DARJAH
PEMBUKTIAN
Darjah
pembuktian ialah tahap sesuatu fakta dibuktikan oleh pihak-pihak yang
menegaskan kewujudan fakta berkenaan.
Darjah pembuktian juga dimaksudkan sebagai tahap atau piawai yang berkaitan
dengan kepercayaan Mahkamah Syariah sama ada :
- Mahkamah
Syariah sendiri percaya kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu fakta atau kes
atau ;
- Mahkamah
Syariah berpendapat kewujudan atau ketidakwujudan sesuatu fakta atau kes itu
sebegitu mungkin sehingga orang yang berhemah akan bertindak berdasarkan kepada
anggapan bahawa perkara yang dipertikaikan itu wujud atau tidak wujud.
Dalam
konteks hukum syarak pada kebiasaannya tahap yang perlu dicapai sama ada yakin,
zan al ghalib (besar kemungkinan atau berat sangka atau tanpa keraguan yang
munasabah) atau zan (pertimbangan kemungkinan).
Manakala
2 tahap lagi yang tidak diterima ialah syak dan waham.
Darjah pembuktian sesuatu kes adalah berbeza sama ada melampaui keraguan yang
munasabah atau diatas imbangan kebarangkalian atau menimbulkan keraguan yang
munasabah.
Di
dalam kes Pendakwa Syarie Kelantan lwn.
Mat Rahim dan Nik Azimah, pihak yang
dituduh, telah mengemukakan keterangan 2
orang saksi lelaki dan juga surat keterangan nikah Thailand serta surat
pengesahan nikah yang dikeluarkan oleh Majlis Hal Ehwal Ugama Islam,
Narathiwatt, Thailand sebagai pembelaan.
Walaupun pihak pendakwa telah mengemukakan keterangan 3 orang saksi
lelaki yang semuanya terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Pejabat Penyelia
Ugama Kota Bharu bagi membuktikan pendakwaan. Namun, pihak pendakwa telah gagal membuktikan bahawa dokumen-dokumen tersebut mengandungi
unsur-unsur pemalsuan atau diperolehi secara penipuan atau penyelewengan.
Menurut Mohamad Salam Madhkur di dalam Kitab Al-Qada’ fil Islam
halaman 82 jilid 3 menyatakan bahawa surat keterangan nikah dan pengesahan yang
dikeluar dalam negeri atau luar negeri adalah diantara dokumen awam yang tidak
boleh diketepikan begitu sahaja kecuali pihak pendakwa berjaya membuktikan
pihak tertuduh memperolehi dokumen-dokumen itu melalui tindakan pemalsuan dan
penyelewengan mengikut hukum syarak dan undang-undang.
Hal
ini menunjukkan dakwaan pihak pendakwa itu berada pada tahap darjah pembuktian
yang dikategorikan sebagai syak kerana pihak pendakwa telah gagal membuktikan
dakwaannya bahawa kedua-dua tertuduh adalah bukan pasangan suami isteri
mengikut Hukum Syarak.
Bagi
kes Rusidah Binte Abdul Ghani lwn. Pendakwa Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan, pihak
pendakwa telah berjaya membuktikan pihak yang dituduh (perayu) telah melakukan
kesalahan khalwat melalui pengakuan salah (confession) yang telah dibuat
olehnya.
Namun,
pihak pendakwa gagal untuk membuktikan bahawa perayu masih bekerja sebagai
pelacur di dalam permohonannya supaya mahkamah mengenakan hukuman setimpal ke
atas perayu.
Pihak
perayu juga telah membuat
pengakuan bahawa dia telah bertaubat dan tidak akan bekerja sebagai perempuan
jahat. Dia mengakui telah pulang ke Kelantan dan menjaga 4 orang anaknya
setelah diceraikan oleh suaminya. Perayu juga turut melafazkan taubatnya di
Mahkamah.
Hal-hal
ini menunjukkan dakwaan pihak pendakwa terhadap perayu terhadap kesalahan
khalwat adalah berada pada tahap darjah pembuktian Ghalabatul Zan (tanpa
keraguan yang munasabah). Akan tetapi dakwaan pihak pendakwa berkenaan perayu
seorang yang masih bekerja sebagai pelacur dan perlu dikenakan hukuman setimpal
adalah berada pada darjah pembuktian yang menimbulkan keraguan yang munasabah
ditambah pula dengan tuduhan itu cacat kerana kes ini dibicarakan di bawah
kesalahan khalwat dan kesalahan seharusnya disebut begitu di dalam pertuduhan.
Oleh itu, keadaan-keadaan ini menyebabkan darjah pembuktian jatuh ke tahap
syak.
ALASAN PENGHAKIMAN
· KES PERTAMA
(
Pendakwa Syarie Kelantan lwn. Mat Rahim dan Nik Azimah )
Menurut kes ini pihak pendakwa telah gagal untuk membuktikan bahawa
segala dokumen yang telah dikemukakan oleh tertuduh berkenaan pernikahan mereka
di Thailand mengandungi unsur-unsur pemalsuan atau diperolehi secara penipuan
atau penyelewengan. Hal ini memadai untuk dipercayai bahawa di antara tertuduh
pertama dan kedua telah wujud perkahwinan. Seterusnya menjawab isu pertama di
dalam kes ini iaitu sama ada orang yang kena tuduh merupakan pasangan yang
telah berkahwin secara Hukum Syarak. Maka elemen-elemen khalwat di dalam kes
ini tidak dipenuhi.
Mahkamah telah membenarkan permohonan penangguhan perbicaraan yang
dipohon oleh pihak pendakwa di dalam kes ini dengan alasan supaya membolehkan
pihaknya untuk membuat penyiasatan dan penelitian terhadap dokumen-dokumen yang
dikemukakan oleh tertuduh. Namun, pihak pendakwa dengan alasannya apabila
Mahkamah kembali bersidang menyatakan bahawa beban bukti untuk mengesah
keterangan dokumen-dokumen tersebut adalah terletak di atas kedua-dua tertuduh
kerana mereka yang mempunyai pengetahuan khas berhubung dengan keterangan nikah
dan perkahwinan tersebut mengikut peruntukan seksyen 106 Undang-undang
Keterangan 1950 dan Seksyen 77 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah No.2 Tahun
1991.
Pada pertimbangan Mahkamah, kenyataan dan cadangan pihak pendakwa
tidak dapat dipertimbangkan kerana didapati apa yang dinyatakan oleh pihak
pendakwa tidak menyentuh kenyataan yang dimaksudkan iaitu mengenai hasil
penyiasatan daripada pihaknya berhubung dengan keterangan nikah yang
dipertikaikan.
Hal ini menjawab persoalan isu yang kedua iaitu beban pembuktian terhadap
pengesahan keterangan nikah terletak di bawah pihak pendakwa kerana pihak
pendakwa dan peguambela tertuduh telah diberi peluang secukupnya untuk
menyampaikan hujah dan tidak ada lagi perkara-perkara yang termasuk di bawah
pengetahuan khas pihak tertuduh yang pelu dibuktikan oleh pihak tertuduh kerana
pihak tertuduh telah mengemukakan keterangan 2 orang saksi dan dokumen-dokumen
pernikahan.
Mahkamah telah memutuskan
bahawa tuduhan berkhalwat antara kedua-dua tertuduh mengikut bab 9 (1) &
(2) Kanun Jenayah Syariah 2/85 Negeri Kelantan adalah tidak sabit di sisi
Mahkamah dan kedua-duanya dibebaskan mengikut seksyen 99(N)(i) Enakmen Acara
Jenayah Syariah 9/83
·
KES
KEDUA
( Rusidah Binte Abdul Ghani lwn. Pendakwa Jabatan Agama
Islam Wilayah Persekutuan )
Di dalam kes ini pihak pendakwa telah berjaya membuktikan bahawa
tertuduh (perayu) telah melakukan kesalahan khalwat melalui pengakuan salah
(confession) yang dibuat oleh perayu.
Namun begitu, pihak pendakwa telah gagal untuk membuktikan bahawa perayu
adalah seorang pelacur supaya hukuman yang setimpal perlu dijatuhkan ke atasnya.
Perayu di dalam Mahkamah Rendah Syariah telah mebuat pengakuan bahawa dia sudah
berhenti kerja sebagai pelacur dan telah pulang ke Kelantan
Manakala, di dalam perbicaraan rayuan dia turut membuat pengakuan
bahawa dia telah bertaubat dan tidak akan bekerja sebagai perempuan jahat. Dia
mengakui telah pulang ke Kelantan dan menjaga 4 orang anaknya setelah
diceraikan oleh suaminya. Perayu juga turut melafazkan taubatnya di Mahkamah.
Hal ini menjawab isu yang pertama di dalam kes ini. Dan juga menjawab isu yang
kedua iaitu permohonan dari pendakwa supaya menjatuhkan hukuman yang setimpal
dengan kesalahan yang dituduh berhak dipertimbangkan kerana terdapat
perselisihan sama ada orang yang dituduh masih bekerja sebagai pelacur atau
tidak.
Mahkamah memutuskan membatalkan hukuman penjara yang dikenakan ke
atas perayu akan tetapi mengesahkan hukuman denda $400 yang dikenakan ke
atasnya.
ANALISIS
KES
PERSAMAAN
KES
- Kedua-dua kes
melibatkan kes jenayah iaitu berkenaan kesalahan khalwat.
PERBEZAAN
KES
- Perbezaan dari Mahkamah
- Kes pertama iaitu kes Pendakwa Syarie
Kelantan lwn. Mat Rahim dan Nik Azimah telah
dibicarakan di Mahkamah Qadhi Besar, Kelantan manakala kes kedua iaitu kes Rusidah Binte Abdul Ghani lwn. Pendakwa Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan dibicarakan di
Lembaga Rayuan Syariah.
- Perbezaan dari
sudut kaedah pembuktian - di dalam kes Pendakwa Syarie Kelantan lwn. Mat Rahim dan Nik Azimah,
kaedah pembuktiannya melalui keterangan dokumen dan juga keterangan saksi-saksi.
Berbeza dengan kes Rusidah Binte
Abdul Ghani lwn. Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
melalui
pengakuan salah (confession) tertuduh (perayu) terhadap kesalahan yang
dibacakan ke atasnya dan juga pengakuannya yang telah bertaubat dan telah
berhenti melacur.
- Perbezaan
keputusan - di dalam kes Pendakwa Syarie
Kelantan lwn. Mat Rahim dan Nik Azimah, Mahkamah telah memutuskan bahawa tuduhan berkhalwat antara
kedua-dua tertuduh adalah tidak sabit di sisi Mahkamah dan kedua-duanya
dibebaskan. Berbeza dengan kes Rusidah Binte Abdul Ghani lwn.
Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Mahkamah memutuskan membatalkan hukuman penjara yang dikenakan ke
atas perayu akan tetapi mengesahkan hukuman denda $400 yang dikenakan ke
atasnya di atas kesalahan berkhalwat.
- Dakwaan Pendakwa
- dalam kes Pendakwa Syarie
Kelantan lwn. Mat Rahim dan Nik Azimah,
pihak
pendakwa menyatakan beban bukti untuk mengesahkan keterangan nikah di Thailand
yang dikemukakan adalah terletak di atas 2 tertuduh. Berbeza dengan kes Rusidah Binte Abdul Ghani lwn.
Pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
pihak pendakwa telah memohon pihak Mahkamah supaya menjatuhkan hukuman setimpal
ke atas tertuduh kerana tertuduh bekerja sebagai pelacur.
HUBUNGKAIT
KES
- Melalui
pembuktian yang dikemukakan didalam kedua-dua kes, didapati perkara yang
penting untuk mensabitkan kesalahan khalwat ialah pihak pendakwa perlu
memastikan kesemua elemen-elemen kesalahan khalwat telah dipenuhi sepertimana dinyatakan di dalam peruntukan seksyen 27 Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
- Melalui kes juga
dapat dinyatakan pihak pendakwa memainkan peranan yang sangat penting dalam
mengemukakan beban pembuktian bagi kes jenayah. Dalam kes Pendakwa Syarie Kelantan lwn. Mat Rahim dan Nik Azimah,
pihak
pendakwa telah menyatakan kelemahannya apabila gagal membuktikan
dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh tertuduh mempunyai unsur-unsur
penyelewengan atau penipuan. Di
dalam kes Rusidah Binte Abdul Ghani lwn. Pendakwa Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan, pendakwa juga telah gagal untuk membuktikan bahawa
tertuduh masih bekerja sebagai pelacur untuk permohonan hukuman yang setimpal
dikenakan ke atasnya oleh pihak Mahkamah ditambah pula tuduhan yang cacat
kerana kesalahan itu ialah kesalahan di bawah peruntukan khalwat dan kesalahan
seharusnya disebut begitu di dalam tuduhan.
DISKUSI
Kes khalwat
merupakan antara kes jenayah yang paling banyak dicatatkan di setiap negeri. Jika
kaedah pencegahan tidak dilaksanakan dengan sebaiknya, perbuatan khalwat ini
boleh mendatangkan natijah yang lebih buruk lagi dalam masalah sosial yang
menimpa masyarakat kita hari ini antaranya seperti kelahiran bayi luar nikah
dan juga kes pembuangan bayi.
Oleh yang demikian, pelbagai cadangan perlu dikemukakan dan
dilaksanakan bagi mengurangkan berlakunya kesalahan ini, anataranya dari sudut
undang-undang perlu lebih diperketatkan lagi. Hakim perlu lebih bertegas dalam
soal menjatuhkan hukuman terhadap pesalah di bawah peruntukan ini terutamanya
rayuan untuk kesalahan kali pertama dan juga rayuan pesalah yang membuat
pengakuan telah bertaubat.
Selain itu, pihak pendakwa juga perlu diperkasakan lagi terutamanya
dalam urusan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin kerana pihak pendakwa
memainkan peranan yang penting dalam mengemukakan beban pembuktian di dalam kes
jenayah khalwat ini. Sepertimana dua kes yang telah dibincangkan di dalam
tugasan ini, jelas menunjukkan kelemahan yang utama adalah daripada pihak
pendakwaan yang sambil lewa dalam mengumpulkan pembuktian dan keterangan.
Dari aspek pencegahan seperti memperbanyakkan lagi operasi
pencegahan maksiat serta menambah bilangan penguatkuasa. Cadangan penyelesaian
dari aspek sosial perlu diterapkan melalui nilai-nilai agama dan moral yang
ditekankan melalui pembelajaran di sekolah, didikan ibu bapa di rumah dan juga
aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa. Pesalah-pesalah yang
disabitkan di bawah kesalahan ini juga dikehendaki mengikuti program-program
keagamaan di Pusat-pusat Pemulihan Akhlak untuk memberikan kesedaran dan
mendidik keinsafan di dalam diri mereka untuk tidak mengulangi kesalahan
perbuatan itu lagi
KESIMPULAN
Kesalahan khalwat adalah kesalahan yang melibatkan hak Allah, dan
adalah menjadi kewajipan ke atas setiap muslim untuk melaksanakan amar makruf
nahi mungkar dalam membantu membasmi perbuatan yang tidak bermoral di kalangan
umat islam.
Kedua-dua kes yang telah dibincangkan telah berjaya dibuktikan
melalui elemen keterangan antaranya kesaksian (syahadah), Pengakuan (iqrar),
Qarinah (dokumen) yang membantu menguatkan pembuktian dalam kes-kes tersebut.
Beban pembuktian adalah ditanggung oleh pendakwa pada awal penyiasatan kes
dalam menentukan prima facie. Manakala hakim akan membuat pertimbangan untuk
menentukan darjah pembuktian yang perlu dicapai bagi pihak-pihak dalam
mensabitkan sesuatu kesalahan.
Bagi menilai sesuatu kes itu mencapai tahap prima facie ataupun
tidak, beberapa proses perlu dilalui bagi membuktikan kekuatan kes yang dibawa.
Proses tersebut melibatkan 3 perkara iaitu :
1)
Kerelevanan.
2)
Pembuktian.
3)
pemeriksaan
saksi.
Sekiranya kesemua proses ini dipenuhi, maka akan wujud Probative
Force yang kuat dalam membuktikan sesebuah kes. Probative force
adalah kecenderungan untuk membuktikan atau tidak membuktikan sesuatu dakwaan.
Melalui kes-kes yang telah dibincangkan, dapat diperhatikan bahawa
kekuatan keterangan diantara kedua-dua kes adalah berbeza. Aspek keterangan dan
pembuktian sangat diperlukan dalam membuktikan fakta asas sesuatu kes,
lebih-lebih lagi kes yang melibatkan jenayah yang mana memerlukan tahap
pembuktian yang tinggi.
Jal Zabdi Mohd Yusoff (2004), Pengenalan Kepada
Undang-Undang Islam Di Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
h. 183
Hadith sahih, disahihkan oleh Al-Albani R.H di dalam
al-Irwa’ (1934), dan al-Mishkah (3785).
Jal Zabdi Mohd Yusoff (2004), opcit. h. 192
Ruzman Md. Noor , “Pembuktian dalam kes Harta
sepencarian” dalam Jurnal Syariah, (2007) 15: 1. h. 38
Jal Zabdi Mohd Yusoff (2004), opcit. h. 193