Bahagian Kedua : Pengharaman
Sementara
Ia adalah pengharaman sementara iaitu
apabila terhasilnya sebab daripada pelbagai sebabnya atau terdapatnya halangan.
Maka, apabila hilang sebab atau halangan tersebut, hilanglah pengharaman dan ia
menjadi halal. Sesungguhnya apabila selesai akad pernikahan sebelum hilang
sebab pengharaman atau sebelum hilang halangan maka akad pernikahan menjadi
batal.
Perempuan yang diharamkan dengan
pengharaman sementara terdapat dalam tujuh bentuk iaitu :
1- Mengumpulkan di antara dua saudara
perempuan.
Haram mengumpulkan dua orang saudara
perempuan di dalam satu pernikahan, sama ada keduanya sama daripada sudut nasab
atau susuan, juga keduanya daripada saudara perempuan seibu sebapa atau salah
satunya, dan ia haram mengumpulkan antara keduanya di dalam satu akad
pernikahan secara bersama-sama atau di dalam dua akad tapi di dalam waktu yang
sama. Maka akad pernikahan tersebut menjadi batal. Sesungguhnya akad pernikahan
dengan yang pertama adalah sah dan akad pernikahan yang kedua batal. Apabila
mati yang pertama atau diceraikan dengan talak raj’ie, dan selesai iddahnya
halal baginya untuk bernikah dengan saudara perempuannya,
Firman
Allah s.w.t : { dan diharamkan mengumpulkan dalam pernikahan dua orang
perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau,
sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang } Surah al-Nisa’ : ayat
23. Maka sekiranya diceraikan isterinya dengan talak bain, maka dia boleh
bernikah dengan saudara perempuan isterinya dalam tempoh iddahnya.
2- Megumpulkan di antara perempuan
dengan ibu saudara sebelah ibu atau bapanya.
Diharamkan ke atas seorang lelaki di
dalam satu pernikahan dengan mengumpulkan di antara seorang perempuan dengan
ibu saudara sebelah ibunya atau sebelah bapanya, sepertimana diriwayatkan oleh
Abu Hurairah r.a : (( dilarang mengumpulkan di antara wanita dengan ibu saudara
sebelah ibunya dan juga sebelah bapanya )).
Haram mengumpulkan di antara wanita
dengan anak perempuannya kakaknya atau anak perempuan abangnya, sepertimana
dinyatakan di dalam hadis, sama ada perempuan-perempuan sebelah ibu atau
perempuan-perempuan sebelah bapa dari nasab atau susuan.
Diharamkan mengumpul di antara perempuan
dengan anak perempuannya sepertimana telah dinyatakan sebelum ini, dan di
antara perempuan dengan anak perempuan kepada anak lelakinya (cucu perempuan),
atau anak perempuan kepada anak perempuannya (cucu perempuan), dan berikutan pengharaman
pengumpulan tersebut ialah pengharaman mengumpulkan di antara semua dua orang
perempuan yang mana di antaranya adalah kerabat atau adik beradik susuan atau
salah satu daripada keduanya adalah untuk menghormati pernikahan di antara
mereka.
3- Isteri yang kelima.
Diharuskan bagi seorang lelaki untuk
berkahwin dua, tiga dan empat seperti mana yang telah sedia maklum. Diharamkan
ke atasnya mengahwini yang kelima ketika mana dia memiliki empat orang isteri.
Haram ke atasnya bernikah dengan lima orang isteri dalam satu akad. Maka tidak
sah pernikahan ke atas kesemua isterinya itu. Dan apabila dia bernikah dengan
berturutan maka batal nikahnya dengan yang kelima. Pengharaman itu kekal
sehinggalah mati salah satu daripada isteri-isterinya atau diceraikan dengan
talak bain atau setelah selesai tempoh iddah isteri yang telah diceraikan
dengan talak raj’i.
Seperti mana diriwayatkan oleh Qais Bin al-Harith r.a,
berkata : Aku telah memeluk Islam dan aku memilik lapan orang wanita,
berkatanya kepada Nabi s.a.w, maka Rasulullah s.a.w bersabda : (( pilihlah
daripada mereka empat orang )). Kerana ayat al-Quran telah mengehadkan ke atas
empat orang isteri maka haram sekiranya berlaku penambahan ke atasnya. Seperti
mana firman Allah s.w.t : { Maka bernikahlah kamu dengan perempuan lain yang
kamu senangi dua, tiga dan empat } Surah al-Nisa’ : ayat 3.
Diharamkan ke atas orang Islam untuk
menikahi orang kafir yang bukan terdiri daripada ahli kitab samawi seperti
paganisme, majusi, ibahiah dan segala mazhab kepercayaan kafir, maka apabila
mereka memeluk Islam menjadi halal untuk menikah dengannya dan harus
menikahinya. Seperti mana firman Allah s.w.t : { dan jangan kamu menikahi
perempuan-perempuan musyrik sehingga mereka beriman, hamba sahaya perempuan
yang beriman lebih baik daripada orang perempuan musyrik meskipun dia memikat
hati kamu } al-Baqarah : ayat 221.
Tidak diharuskan bagi seorang lelaki
untuk bernikah dengan wanita yang masih wujud suaminya sehingga suaminya itu
meninggal dunia atau menceraikannya dan selesai iddahnya, firman Allah s.w.t :
{ dan diharamkan bagimu menikahi perempuan-perempuan yang bersuami } al-Nisa’ :
ayat 24, ayat ini bermaksud wanita-wanita yang bersuami adalah haram untuk
menikahinya, apabila meninggal dunia suaminya atau diceraikannya dan selesai
tempoh iddahnya maka tibalah waktu (iaitu : tiada suami bagi perempuan
tersebut) dan halal untuk menikahinya. Seperti mana
firman Allah s.w.t : { dan nikahilah orang-orang bujang dikalangan kamu }
al-Nur : ayat 32.
6- Wanita yang sedang beriddah.
Tidak berhak bernikah dengan wanita
yang sedang beriddah kerana iddah dalah lanjutan kehidupan perkahwinannya dan
kewajipan untuk menjaga nasab keturunan supaya tidak bercampur nasab. Maka
tidak diharuskan bagi seorang lelaki untuk bernikah dengan perempuan tersebut
sehinggalah berlalu tempoh iddahnya sama ada iddahnya daripada talak raj’ie
ataupun talak bain serta iddah kematian. Apabila berlalu iddahnya maka menjadi
harus untuk menikahinya. Firman Allah s.w.t : { dan janganlah kamu menetapkan
akad nikah sebelum habis masa iddahnya } al-Baqarah : ayat 235. Ia bermaksud :
sehingga sampai waktu yang telah ditetapkan di dalam tempoh iddah iaitu had
yang telah ditetapkan oleh syarak sepertimana ditetapkannya tempoh iddah itu.
Allah telah menetapkan talak sehingga
tiga kali talak sepertimana yang telah sedia maklum. Maka apabila seorang
lelaki menceraikan isterinya dengan talak satu atau talak dua maka dia masih
berhak untuk merujuk isterinya dengan kerelaannya dan lafaz darinya sendiri
semasa dalam tempoh iddah. Sekiranya selepas tempoh iddah hendaklah
dia bernikah dengan wanita itu dengan akad yang baru. Jika diceraikan dengan
talak tiga sekali gus atau pada kali ketiga ditalakkan maka ia menjadi haram ke
atasnya haram yang bersifat sementara. Maka tidak boleh dia kembali kepada
wanita itu walaupun dengan kehendaknya sendiri dalam tempoh iddah. Dan juga
tidak boleh dia bernikah dengan wanita itu dengan akad yang baru sehinggalah
wanita itu bernikah dengan orang yang lain terlebih dahulu dengan pernikahan
yang syarie, sah dan berlaku persetubuhan. Kemudian jika diceraikan perempuan
tersebut oleh suami keduanya dan berlalu iddahnya, maka harus bagi suami
pertamanya untuk bernikah dengannya dengan akad yang baru.
Firman Allah s.w.t :
{ kemudian jika dia menceraikannya (setelah talak yang kedua), maka perempuan
itu tidak halal lagi baginya sebelum dia bernikah dengan suami yang lain.
Kamudian, jika suami yang lain itu menceraikannya, maka tidak berdosa bagi
kedua-duanya (suami pertama dan bekas isterinya) untuk bernikah kembali jika
mereka berpendapat akan menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah ketentuan Allah
yang diterangkan-Nya kepada orang-orang yang berpengetahuan} al-Baqarah : ayat
230.