Sunday, January 30, 2011

Virus Revolusi Tunisia



Pagi ini bila mana saya membuka FB saya rasa sangat terkejut bila terbaca dua link yang dishare oleh sahabat-sahabat saya di FB..
apabila saya membaca blog.Ariff dan blog krisismesirnasibrakyatkita
persoalannya yang timbul dalam pemikiran saya adalah sejauh manakah ketepatan sumber fakta yang diambil oleh blog tersebut?
apa pun yang saya lihat semakin dahsyat keadaan rusuhan yang berlaku di Mesir...
ramainya rakan-rakan dan kenalan yang menuntut di sana
semoga Allah pelihara keselamatan kalian semua...
Sejak revolusi bermula di Tunisia untuk menjatuhkan diktator Zine al-Abidine Ben Ali
revolusi ini mula menjangkiti negara-negara arab lain seperti Yaman dan kini Mesir
Kisah pengulingan di Tunisia ini bermula dengan tindakan seorang pemuda berusia 26 tahun...
seorang pedagang sayur dan buah-buahan membakar dirinya apabila pihak polis bertindak ganas merampas barang dagangannya pada 17 Disember 2010....
Peristiwa itu menjadi pemangkin kepada kebangkitan rakyat di Tunis untuk keluar daripada cengkaman pemerintahan yang zalim dan mengamalkan korupsi...
Nama Mohamed Bouazizi memang tidak dapat dilupakan oleh keluarga Ben Ali kerana telah menjatuhkan kerajaan yang diperintah oleh Ben Ali selama 23 tahun ini..
sehingga seorang polis pun sudah tidak kelihatan lagi di jalanraya Tunisia
Dengan kata lain, kerajaan Diktator Ben Ali telah sama sekali runtuh...
ibarat semut yang menggulingkan gajah
apa yang penting di sini adalah kita harus mengambil iktibar atas apa yang sedang berlaku ini...
pendapat peribadi saya..
kepada pemimpin di negara kita harus membuat perubahan yang positif dan mengambil iktibar dari apa yang telah menimpa Negara arab ini
Kalau isteri Ben Ali, Leila Trabelsi terkenal kerana ketamakannya dan pembaziran melampau,
apa bezanya dengan pemimpin di negara kita?
kepada rakyat, bersyukurlah dengan keamanan yang kita kecapi hari ini
ingatlah...kita harus bersyukur kerana setiap pagi Isnin kita masih lagi boleh keluar dari rumah untuk menghantar anak-anak ke sekolah dan pergi bekerja untuk mencari rezeki…
berbaloikah keamanan itu dicabul sehingga sanggup membunuh diri sendiri?
tiada cara lainkah yang lebih aman?
Dan apabila kerajaan yang sedia ada telah musnah
Adakah mereka-mereka ini telah merancang perubahan yang akan dilakukan selepas itu?
Dan di sini saya amat tertarik dengan penulisan daripada Abu Urwah Al-Athari Al-Madani dan juga komen daripada Ustaz Emran tentang revolusi ini...
Oleh itu, sama-samalah kita fikirkan apa yang terbaik untuk Malaysia Negara kita tercinta ini…




Selamat Tinggal Dunia Debat...

Bila break sem dah mula... hari-hari untuk mengupdate blog pun bermula..
maklumlah bila dah tinggal berseorangan dalam bilik...
roomate tersayang dah meninggalkan diriku bersendirian... jiran-jiran sebelah pun turut sama...
yang tinggal hanyalah laptop Ferrari tercinta bersamaWi-fi yang sangat laju...
bagus juga.... kalau tak, nak mendownload apa pun sgt lambat walaupun menggunakan Rockmeltz

Bila tinggal bersendirian ni mulalah nak terkenang-kenang zaman-zaman dahulu kala
bila teringat zaman sekolah mulalah teringat zaman-zaman berdebat
Masa sekolah dulu 1st time menyertai debat adalah masa Tingkatan 5
Debat Bahasa Melayu Ala Parlimen
So, agak skema...
Sebelum tu hanya terlibat dengan speech & public speaking
Jadinya bila mula-mula melibatkan diri dengan debat rasa agak janggal
sebab kena ikut flow & peraturan-peraturannya
kalau speech simple saja buat teks, hafal & present
debat pula belajar untuk membidas hujah pihak lawan secara spontan
buat analogi dan belajar mengkaji untuk mencari alibi

Sewaktu Tingkatan 6 (STAM) selama empat bulan 
Alhamdulillah diberi peluang & pengalaman buat pertama kali untuk menyertai debat Bahasa Inggeris...
dengan B.I saya yang grammar agak terkontang-kanting
ada pula rezeki dapat 2nd runner up peringkat Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor masa tu
Big Thanks to my friends Nabila Hanis & Faizah Hanis yang banyak mengajar saya

Dan buat pertama kalinya menyertai Debat Bahasa Arab adalah semasa di asasi Nilam Puri
itupun sebab debat B.A tersebut adalah salah satu subjek sewaktu asasi
semasa menyertai debat banyak perkara yang telah saya pelajari
dan sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu semasa yang berlaku
jikalau nak dibandingkan dengan masa sekarang ni
mungkin agak sibuk dengan kekangan masa
assignment yang melambak-lambak dijadikan alasan

Apa pun saya ni tidak layak digelar seorang debater
sebab langsung tak hebat
cuma minat je dulu yang menyebabkan saya menjebakkan diri dalam debat ni...
dan pernah masa asasi dulu saya berangan-angan nak jadi debater UM bila dah sambung degree
tapi tak kesampaian sebab 1st time datang training rasa seolah diri ini sangat kerdil, hilang fokus dan keyakinan
kaku dan tak boleh nak berkata-kata...
sangat teruk waktu itu...
mungkin jiwa saya dah tak serasi agaknya
dan mungkin ada benda lain yang lebih penting yang perlu saya kejar
alasan lagi...

Apa-apa pun, terima kasih kepada kawan-kawan yang pernah menjadi team bersama-sama dulu
banyak sangat kenangan & pengalaman
Buat kawan-kawan yang masih aktif teruskanlah perjuangan kalian...
All the best !

English Debate Team ~ SAMT Batu 38 (2007)

*opposition  : P.O.I please ?!!
  3rd speaker : wait for a minute
  opposition  : ok 1 minute ! (looking at his watch & start counting)
  3rd speaker : ................  -_-"

Underage Marriage by Islamic Law


     Alhamdulillah pada 29 Januari lepas saya telah berpeluang menghadirkan diri ke Seminar Kebangsaan Undang-undang Keluarga Islam bertempat di Hotel Putra KL walaupun pendaftaran penyertaan dibuat pada saat-saat akhir. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana sudi memberi saya peluang untuk menjadi peserta seminar tersebut. Tujuan utama saya menyertai seminar itu adalah untuk mencari bahan untuk tugasan subjek Undang-undang Islam & Masyarakat iaitu berkaitan isu Perkahwinan Bawah Umur (PBU).  


   Seminar anjuran Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dan juga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ini membincangkan tajuk yang agak menarik iaitu "Nikah Bawah Umur : Patut Atau Tidak" yang mana pembentangan kertas kerja berkenaan isu ini dikupas dari empat aspek iaitu dari perspektif undang-undang, kemudiaannya dari aspek perubatan dan hukum syarak, seterusnya dilihat juga dari sudut psiko sosial. 

     Pada entri saya yang lepas, kita dapat lihat konflik perundangan tentang kesahan perkahwinan bawah umur Natrah. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan apa yang dibentangkan oleh  pembentang pertama iaitu Prof. Dato' Dr Zaleha Kamaruddin (Timbalan Ketua Pengarah IKIM) yang mana pembentangan beliau berkaitan isu PBU ini dari perspektif undang-undang. Menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Islam di negeri-negeri memperuntukkan bahawa :

Seorang lelaki yang layak untuk berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.

Walaubagaimanapun dalam undang-undang yang sama juga turut membenarkan lelaki atau perempuan yang di bawah umur untuk berkahwin tetapi dengan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Mahkamah Syariah.

    Oleh itu isu perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi dari semasa ke semasa.Yang mana pada Mac 2010, negara kita telah digemparkan dengan berita perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan Siti Nur Zubaidah Hussin (11 tahun) dengan seorang lelaki Shamsuddin Che Derahman @ Sudin Ajaib ( 40 tahun) di Kelantan. Selanjutnya pada November 2010 , seorang perempuan bernama Siti Maryam Binti Mahmod ( 14 tahun ) telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 21 tahun di dalam satu majlis meraikan pasangan pengantin 1MALAYSIA yang berkahwin secara beramai-ramai di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Siti Maryam & Suaminya
     Menurut Prof. Dato’ Zaleha isu ini menjadi kontroversi hangat apabila terdapat media asing yang melaporkannya dan mengaitkannya dengan isu hak asasi antaranya perkara 10 International convention on Economic, Social & Cultural Rights dan juga Deklarasi Hak Asasi Sejagat yang memperuntukkan perkahwinan perlu persetujuan bebas daripada kedua-dua pihak dan peruntukan yang mempunyai maksud yang sama di dalam perkara 23 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil & Politik. Selain itu, Konvensyen Hak Kanak-kanak mendefinisikan kanak-kanak sebagai orang yang berusia kurang dari 18 tahun. Faktor usia dikaitkan dengan pertanggungjawaban dari segi undang-undang iaitu jika kanak-kanak itu mengatakan ‘Ya’ keputusan itu tak boleh diterima dan persetujuannya tidak terpakai dari segi undang-undang. Dalam konteks konvensyen ini, Siti Mariam dikira sebagai kanak-kanak. Oleh itu, keputusannya tidak terpakai dari segi undang-undang. Tapi, apa yang saya telah pelajari di dalam Undang-undang Kontrak semester lepas terdapat juga kes perkahwinan bawah umur iaitu kes sivil, Kes Rajeswary yang mana kes tersebut berkaitan ‘promise to marry’ adalah terkecuali daripada pengecualian pertanggungjawaban kontrak. Maknanya jika kanak-kanak itu berjanji untuk berkahwin maka dia akan terikat dengan kontrak tersebut dan tiada pengecualian untuk pertanggungjawaban dari segi undang-undang. Adakah ada kaitan kes itu dengan keputusan kanak-kanak yang dikatakan bawah umur dan ingin berkahwin itu tidak terpakai dari sudut undang-undang?

     Jika dibandingkan dengan Undang-undang Syariah, seorang kanak-kanak tidak mempunyai kapasiti undang-undang kecuali apabila ia telah mencapai usia baligh. Hal ini berdasarkan kepada keupayaan akal yang tidak semestinya 18 tahun. Kanak-kanak mula memperolehi kapasiti pertanggungjawaban ketika dia mencapai usia baligh yang berbeza mengikut pelbagai mazhab. Sebagai contoh, perkahwinan boleh dilakukan walaupun di bawah umur, tetapi apabila telah sampai umur baligh, sekiranya gadis tersebut tidak bersetuju dengan perkahwinan yang diaturkan oleh walinya, ia bolehlah membubarkannya. Berbeza dengan prinsip-prinsip am yang digunakan oleh Undang-undang Sivil yang terpakai dalam semua instrument antarabangsa. Undang-undang Islam mempunyai tahap-tahap kapasiti pertanggungjawaban undang-undang yang tertentu menikut kematangan.

    Aktivis-aktivis wanita dalam Negara juga turut menunjukkan keprihatinan mereka dengan menggunakan kerangka hak asasi. Dan kenapa media-media barat berminat tentang isu ini dan memberi fokus kepada Negara kita? Sedangkan di Negara-negara di Benua Afrika dan Negara-negara seperti Bangladesh dan Afghanistan perkahwinan bawah umur ini mencatatkan jumlah yang lebih tinggi berbanding Malaysia yang hanya 0.75% sahaja perkahwinan bawah umur dilaporkan.



     Antara jawapan yang ditemui adalah kerana Malaysia adalah model Negara Islam moden, maka ia tidak sepatutnya menggalakkan PBU ini dan Malaysia juga dilihat sebagai Negara maju, oleh itu PBU ini dilihat sebagai satu amalan yang ketinggalan zaman dan Malaysia juga seharusnya menghormati komitmennya terhadap instrument-instrumen antarabangsa yang telah diratifikasi olehnya. Adakah alasan-alasan ini relevan? Jawapan-jawapan terhadap persoalan tersebut sebenarnya tidaklah semudah yang disangka kerana ia menyentuh banyak perkara dari aspek agama, sosial, politik dan juga undang-undang.

     Perdebatan yang berlaku ini juga bukan berkaitan dengan isu umur baligh tetapi berdasarkan kepada pesoalan sama ada seseorang itu telah mencapai usia kematangan untuk berkahwin dan faktor inilah yang menjadi satu faktor tambahan selain faktor umur baligh.

     Apa yang perlu dilihat di dalam hal ini, untuk membenarkan lelaki atau perempuan yang di bawah umur untuk berkahwin ialah dengan mendapat kebenaran bertulis daripada pihak Mahkamah Syariah iaitu hakim Mahkamah Syariah diberi kuasa untuk menggunakan budibicaranya untuk meneliti dan melihat sama ada kebenaran boleh diberikan kepada pemohon. Sepatutnya, kita harus hormati keputusan dan alasan penghakiman yang telah dibuat oleh Hakim kerana hakim membuat keputusan berdasarkan tafsiran peruntukan Undang-undang dalam konteks fakta kes yang ada di hadapannya bukan dengan mudah nak memberikan kebenaran secara suka hati.  

     Prof. Datuk juga ada menyatakan pendapat peribadi beliau iaitu jika pindaan ingin dibuat terhadap enakmen tentang PBU ini adalah dengan meningkatkan lagi takat umur iaitu daripada 16 kepada 17 atau awal 18 tahun demi menjaga kemaslahatan si isteri sekiranya ditinggalkan suami, sekurang-kurangya si isteri masih mempunyai kelayakan SPM untuk mencari rezeki bagi menanggung hidupnya. Dan beliau juga menyatakan kebanyakan pemohon yang membuat permohonan PBU ini adalah remaja yang telah terlibat dengan sexual intercourse.

     Perbincangan tentang isu PBU ini dari aspek selanjutnya akan saya sambung pada entri yang akan datang. Insya Allah…






Saturday, January 29, 2011

Natrah : Antara Kisah Cinta & Konflik Perundangan



Masihkah anda semua ingat tentang pementasan Teater Natrah 2 yang telah ditayangkan pada akhir tahun lepas di Istana Budaya? Saya pernah menyimpan hasrat untuk menyaksikan teater Natrah sejak kali pertama ia mula dipentaskan pada tahun 2009, namun sampai dipentaskan buat kali kedua pun masih tak berkesempatan...tiada rezeki... Tak apelah tak dapat tengok pun dapat baca komen kawan-kawan saya kat FB yang dah pergi menonton pun dah cukup menggambarkan yang cerita  itu SEDIH !! Tapi adakah kita sedar bahawa kisah tersebut bukan sekadar kisah cinta antara Natrah dan Mansor Adabi, tetapi juga menceritakan kisah cinta sebuah bangsa terhadap agama Islam yang dihina oleh penjajah dan kisah cinta sebuah bangsa untuk membebaskan Negara dari penjajahan. Dilihat dari kronologi kisah tersebut terdapat konflik undang-undang yang berlaku dalam kes Natrah ini, kita dapat menyaksikan bagaimana perjuangan memartabatkan Undang-undang Islam yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim yang merupakan peguam dalam kes tersebut. Dipetik kata-kata beliau :


We should be confident of the superiority of Islamic Law because its basis comes from revelation from Allah Who is Wise and All Embracing in His Knowledge. As student and practicioners in the law we have seen how many principles of English Law, especially in the family law, have been amended so that they have nearer to those of Islamic Law”

[1994] 4 IIU Law Journal 1

Mari kita bersama-sama menyelusuri Kronologi Kisah Natrah dan melihat konflik perundangan penjajahan yang menimpa dirinya :

24 Mac 1937 
Lahirnya Maria Huberdina Hertogh di Tjimahi, Jawa yang kemudiannya dikenali sebagai Natrah

10 Apr 1937
Natrah yang masih kecil dikristiankan di Gereja Roman Katolik St. Ignatus Tjimahi oleh Paderi De Koster

8 Mac 1942
Pendudukan Jepun yang antikulit putih di Indonesia menyebabkan bapa Natrah, sarjan Adrianus Hertogh dipenjarakan di kem tahanan.

15 Nov 1942
Untuk mengurangkan beban dan penderitaaan ibunya, Natrah dipelihara oleh Che Aminah sebagai anak angkat.

Disember 1945
Bapa Natrah, Hertogh dibebaskan setelah Jepun menyerah kalah. Sarjan Hertogh dan isterinya berusaha mencari Natrah tetapi tidak dapat ditemui.

Julai 1946
Setelah gagal mencari natrah, Sarjan Hertogh dan isterinya kembali ke Belanda tanpa Natrah.

1947
Demi memelihara keselamatan Natrah daripada askar Jepun, Che Aminah membawa Natrah berpindah ke Kemaman, Terengganu.

1949
Che Aminah membesarkan Natrah dengan kasih sayang dan ajaran agama Islam.

Sept 1949
Natrah telah ditemui oleh Tuan A.A Locke, Penasihat British Wilayah Timur sewaktu pertunjukan senaman di Padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

12 Apr 1950
Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas cadangan A.A Locle untuk menyelesaikan pmilikan Natrah sebagai anak angkat.

22 Apr 1950
Che Aminah menerima surat arahan daripada Ketua Hakim Mahkamah yang menarahkan Natrah diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura.

24 Apr 1950
Natrah kemudiannya ditempatkan di Homecraft Centre, York Hill, Singapura.

28 April 1950
Che Aminah merayu kepada mahkamah untuk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguamnya Encik Ahmad Ibrahim daripada Syarikat S.C Goho

19 Mei 1950
Encik Ahmad Ibrahim mengemukakan hujah di mahkamah sebab musabab Che Aminah layak mendapat hak penjagaan terhadap Natrah.

28 Jul 1950
Che Aminah Berjaya mendapatkan hak penjagaan Natrah semula.

1 Ogs 1950
Atas dasar suka sama suka Natrah dinikahkan dengan Mansor Adabi secara nikah gantung.

2 Dis 1950
Ketua Hakim mengeluarkan surat perintah ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.

4-11 dis 1950
Akhbar Melayu Raya menyiarkan artikel-artikel yang memperlihatkan kes Natrah sebagai isu agama antara Kristian dengan Islam.

12 Dis 1950
Ketua hakim, Justice Brown memutuskan bahawa perkahwinan Natrah-Mansor tidak sah dan perlu diserahkan semula kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

13 dis 1950
Rusuhan bermula pada waktu tengahari, 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura diisytiharkan perintah berkurung selama dua hari dua malam.

13 Dis 1950
Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Singapura menuju ke Belanda dengan kapal terbang.

15 Dis 1950
Natrah tiba di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam Belanda dan disambut oleh 4000 orang beserta sorakan selamat datang dan sepanduk.

20 Apr 1956
Natrah berkahwin dengan J.G Wolkenfeit, seorang askar, walaupun tidak direstui ibu bapanya.

15 Feb 1957
Natrah melahirkan anak pertama dan sehingga kini Natrah mempunyai 13 orang anak kesemuanya.

25 Nov 1973
Stesen televisyen Belanda NRVC menerbitkan filem dokumentari kisah hidup Natrah dalam rancangan The Times Just Stood Still selama 20 minit.

16 Ogs 1976
Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya J.G Wolkenfeit dan dibebaskan atas simpati hakim terhadap latarbelakang hidupnya. Kemudian dia bercerai dengan suaminya itu.

Dis 1979
Natrah berkahwin dengan suami keduanya Tom Ballermans

1983
Natrah bercerai dengan  suaminya Tom Ballermans

1984
Natrah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung

15 Sept 1984
Natrah meninggalkan Belanda dan tinggal di Nevada,Amerika bersama-sama dengan Ben Pichel

Antara 1984-1989
Natrah berkahwin pula dengan Ben Pichel

Okt 1988
Mansor adabi meninggal dunia akibat sakit jantung

1998
Natrah pulang ke Kemaman melawat keluarganya untuk merakamkan sebuah dokumentari tentang kisah hidupnya di Belanda

9 Julai 2009               
Natrah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Refrensi :
1. Buletin JKSM Bil 64/2010.
2. www.ilmuone.com/berita/persidangan-pegawai-syariah
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah


Persolan : apakah status agama Natrah sebelum dia meninggal dunia?


Natrah
Karya Datin Seri Fatini Yaacob, Karyawan Tamu UTM...
 *sy sedang mencari novel ini...


Untuk mendengar lebih lanjut lagi tentang kisah Natrah & pandangan daripada Datin Seri Fatini Yaacob tentang tragedi rusuhan yang berlaku pada 1950 sila lihat video di bawah :

*Provokasi Straits Times penyebab rusuhan 1950 berlaku

*Hak dari sudut perundangan.

*Penderitaan Natrah seumur hidupnya


"Akulah perempuan yang diselimuti kedukaan...
Jiwa aku merana kerana cinta...
Merdekakanlah aku dari segala belenggu ini
kerana aku rindukan kedamaian."

~Natrah @ Nadra Maarof, Maria Huberdina Hertogh (1937-2009)~





Saturday, January 15, 2011

Jagalah Hati


Bila bicara soal hati..
pasti semua akan berkata mengenai perasaan...
apa yang ingin dikongsikan di sini 
adalah soal perasaan dan hubungan antara manusia dengan manusia yang lain...
siapa kata menjaga hubungan antara manusia itu mudah?
lagi-lagi apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita
sebagai contoh kawan baik kita sendiri
ahli keluarga
dan tak ketinggalan juga orang disekeliling kita
sejauh manakah kita menjaga hubungan dengan mereka?
memastikan pergaulan yang baik
antara diri kita dengan mereka
bukanlah satu perkara yang mudah
sehingga sampai satu tahap
rasa sangat sukar
untuk menjaga hati orang disekeliling kita
sehingga mengabaikan kepentingan diri
sehingga berkata pada diri
"mengapa aku perlu menjaga hati mereka?sedangkan hati aku ini tiada siapa yang peduli?"
ingatlah wahai diri
katakanlah pada diri kita
kita kena beringat...
bahawa kita bukan sendirian
berjalan menempuh hari-hari
di dunia yang menjadi persinggahan sementara kita ini
kita masih ada orang lain disekelililing kita
orang yang masih perlukan kita
dan ingat
kita juga masih perlukan pertolongan orang lain
jika kita rasa sukar untuk menjaga hati orang disekeliling kita
cukuplah kita jaga hati kita ini
bersihkan hati kita dari
segala noda-noda hitam
apabila hati kita bersih
maka insya allah
ketenangan hati itu pasti akan hadir
dan segala masalah itu pasti akan hilang..
apabila hati kita terjaga maka terjagalah hati2 orang disekeliling kita


Saturday, January 8, 2011

Dugaan Menuntut Ilmu

Perjalanan menuntut ilmu, 
memang sukar di duga.
Tujuannya jelas baik…
namun kadangkala hati ini keliru untuk menurut.
Bukan kerana mendiskriminasi ilmu itu sendiri…
tapi kadangkala perlu bergelut dengan kehendak nafsu yg mengajak kepada mazmumah.
Sukarnya menguruskan hati… 
tersilap cara, rosaklah peribadi.
Jika dibiarkan pasti bisa mematikan hati…
saat itu, 
umpamanya diri telah mati sebelum ajal. 
Na'uzubillah...

Ya, niat itu yg utama… 
niatkan kerana Allah,
maka segalanya akan mudah dan dianggap ibadah.
Namun, 
dek fikiran yg bercelaru dan hati yg berkecamuk,
mengganggu konsentrasi untuk meluruskan niat dan hati kepada Tuhan.
Inilah petanda diri ini semakin lalai mengingatiNya.
Terasa buntu untuk memutuskan walau hanya perkara yg kecil.
Jelas, aku semakin leka dengan dunia dan kehidupan…
ampunkan aku ya Tuhan.
  
Wahai diri, kembalilah kepada pemilik dirimu…
kerana hanya Dia yg miliki penawar bagi keracunan di hatimu.
Semakin kosong hidupmu itu, 
petanda kau semakin meminggir dariNya.
Mendekatlah kepada Dia agar hidupmu kembali bererti.
Bukankah kau pernah merasai peritnya bersekedudukan dengan dunia…
hingga kau memilih jalan yg membawa dirimu kepada agama…
lalu kau miliki ketenangan di jalan itu?
Namun kini, mengapa kau membiarkan hatimu terdera lagi?
Apakah kau sanggup menyakiti hatimu sendiri?
Ambillah iktibar dari kisah semalam…
aku khuatir, andai kau terus menurutkan kehendakmu…
bimbang masih adakah ‘esok’ untukmu?


Beringatlah!
Kau takkan mampu mengharungi hidup ini sendirian…
kau hanya insan kerdil yg keji dan hina andai kau tidak beriman.
Kepada Allah lah kita menyerah diri dan hati agar terus menjadi hamba yg taat dan patuh.

Ya Ilahi, 
terangi jalanku dengan cahaya kasihMu.
Bantulah aku memperbaiki kesalahanku,
Agar kesilapan yg sama tidak berulang kembali,
Sungguh perjalanan ini masih kabur,
Terhijab oleh dosa dan noda yg keji.

Ya Halim,
Berilah daku bimbingan,
Keluarkan daku dari kebingungan yg menyesatkan
Agar di kesudahanku...hasanah yg diperoleh.
Pimpini hidupku, Ya Hadi