maklumlah bila dah tinggal berseorangan dalam bilik...
roomate tersayang dah meninggalkan diriku bersendirian... jiran-jiran sebelah pun turut sama...
yang tinggal hanyalah laptop Ferrari tercinta bersamaWi-fi yang sangat laju...
bagus juga.... kalau tak, nak mendownload apa pun sgt lambat walaupun menggunakan Rockmeltz
Bila tinggal bersendirian ni mulalah nak terkenang-kenang zaman-zaman dahulu kala
bila teringat zaman sekolah mulalah teringat zaman-zaman berdebat
Masa sekolah dulu 1st time menyertai debat adalah masa Tingkatan 5
Debat Bahasa Melayu Ala Parlimen
So, agak skema...
Sebelum tu hanya terlibat dengan speech & public speaking
Jadinya bila mula-mula melibatkan diri dengan debat rasa agak janggal
sebab kena ikut flow & peraturan-peraturannya
kalau speech simple saja buat teks, hafal & present
debat pula belajar untuk membidas hujah pihak lawan secara spontan
buat analogi dan belajar mengkaji untuk mencari alibi
Sewaktu Tingkatan 6 (STAM) selama empat bulan
Alhamdulillah diberi peluang & pengalaman buat pertama kali untuk menyertai debat Bahasa Inggeris...
dengan B.I saya yang grammar agak terkontang-kanting
ada pula rezeki dapat 2nd runner up peringkat Sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor masa tu
Big Thanks to my friends Nabila Hanis & Faizah Hanis yang banyak mengajar saya
Dan buat pertama kalinya menyertai Debat Bahasa Arab adalah semasa di asasi Nilam Puri
itupun sebab debat B.A tersebut adalah salah satu subjek sewaktu asasi
semasa menyertai debat banyak perkara yang telah saya pelajari
dan sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu semasa yang berlaku
jikalau nak dibandingkan dengan masa sekarang ni
mungkin agak sibuk dengan kekangan masa
assignment yang melambak-lambak dijadikan alasan
Apa pun saya ni tidak layak digelar seorang debater
sebab langsung tak hebat
cuma minat je dulu yang menyebabkan saya menjebakkan diri dalam debat ni...
dan pernah masa asasi dulu saya berangan-angan nak jadi debater UM bila dah sambung degree
tapi tak kesampaian sebab 1st time datang training rasa seolah diri ini sangat kerdil, hilang fokus dan keyakinan
kaku dan tak boleh nak berkata-kata...
sangat teruk waktu itu...
mungkin jiwa saya dah tak serasi agaknya
dan mungkin ada benda lain yang lebih penting yang perlu saya kejar
alasan lagi...
Apa-apa pun, terima kasih kepada kawan-kawan yang pernah menjadi team bersama-sama dulu
banyak sangat kenangan & pengalaman
Buat kawan-kawan yang masih aktif teruskanlah perjuangan kalian...
All the best !
0 comments:
Post a Comment