Tuesday, June 7, 2011

Kongsi Resepi : Triffle Tropicana 3 layer



Bahan-bahan :


1 tin cocktail buah-buahan tropika
1 tin susu sejat
1 kotak jeli strawberi (instant)
Tepung custard
Kek gulung (kalau boleh cari perisa vanila)
Air

Get ready !

Cara-cara :
  1. Potong kek gulung dan susunkan ke dalam bekas untuk dijadikan lapisan pertama.
  2. Masukkan 1 tin susu sejat ke dalam mangkuk. 
  3. Campurkan 10 sudu makan tepung custard ke dalam mangkuk susu sejat tadi (Bancuhan 1).
  4. Kemudian gaul sehingga sebati...(sampai tepung custard tak ketul-ketul).
  5. Bancuhan 1 dimasak sehingga mendidih...(pastikan bancuhan sentiasa digaul sewaktu memasaknya)..agak-agak kurang pekat tambahkan tepung custard yg digaul dulu dengan air panas dalam mangkuk lain baru dicampurkan dengan bancuhan 1 yang sedang dimasak).
  6. Bila bancuhan 1 dah masak tuang ke dalam bekas yang ada kek tadi untuk dijadikan lapisan kedua..jangan lupa untuk ratakan lapisan tersebut.
  7. Susun buah cocktail diatas lapisan kedua.
  8. Selepas itu, masak jeli strawberi instant ke dalam periuk dengan 2 gelas air...gaul sehingga bancuhan jeli menjadi jernih.
  9. Kemudian, tuang bancuhan jeli ke atas susunan buah cocktail tadi untuk bentuk lapisan ketiga...
  10. Last sekali masukkan ke dalam peti sejuk dan sedia untuk di makan...
1st step - susah sangat nak cari perisa vanila perisa pandan pun okey la

2nd layer
Cocktail brand ape entah...besar betul potongan buahnya
3rd layer

*Sedapnya la kalau ada krim putar...bubuh atas lapisan ketiga tu lepas tu potong-potong buah strawberi / kiwi untuk disusun di atas krim putar jadi la lapisan keempat ^_^"

Yang ni berangan je...tunggu duit lebih2 nanti baru cuba buat yang ni




0 comments:

Post a Comment