Saturday, January 8, 2011

Dugaan Menuntut Ilmu

Perjalanan menuntut ilmu, 
memang sukar di duga.
Tujuannya jelas baik…
namun kadangkala hati ini keliru untuk menurut.
Bukan kerana mendiskriminasi ilmu itu sendiri…
tapi kadangkala perlu bergelut dengan kehendak nafsu yg mengajak kepada mazmumah.
Sukarnya menguruskan hati… 
tersilap cara, rosaklah peribadi.
Jika dibiarkan pasti bisa mematikan hati…
saat itu, 
umpamanya diri telah mati sebelum ajal. 
Na'uzubillah...

Ya, niat itu yg utama… 
niatkan kerana Allah,
maka segalanya akan mudah dan dianggap ibadah.
Namun, 
dek fikiran yg bercelaru dan hati yg berkecamuk,
mengganggu konsentrasi untuk meluruskan niat dan hati kepada Tuhan.
Inilah petanda diri ini semakin lalai mengingatiNya.
Terasa buntu untuk memutuskan walau hanya perkara yg kecil.
Jelas, aku semakin leka dengan dunia dan kehidupan…
ampunkan aku ya Tuhan.
  
Wahai diri, kembalilah kepada pemilik dirimu…
kerana hanya Dia yg miliki penawar bagi keracunan di hatimu.
Semakin kosong hidupmu itu, 
petanda kau semakin meminggir dariNya.
Mendekatlah kepada Dia agar hidupmu kembali bererti.
Bukankah kau pernah merasai peritnya bersekedudukan dengan dunia…
hingga kau memilih jalan yg membawa dirimu kepada agama…
lalu kau miliki ketenangan di jalan itu?
Namun kini, mengapa kau membiarkan hatimu terdera lagi?
Apakah kau sanggup menyakiti hatimu sendiri?
Ambillah iktibar dari kisah semalam…
aku khuatir, andai kau terus menurutkan kehendakmu…
bimbang masih adakah ‘esok’ untukmu?


Beringatlah!
Kau takkan mampu mengharungi hidup ini sendirian…
kau hanya insan kerdil yg keji dan hina andai kau tidak beriman.
Kepada Allah lah kita menyerah diri dan hati agar terus menjadi hamba yg taat dan patuh.

Ya Ilahi, 
terangi jalanku dengan cahaya kasihMu.
Bantulah aku memperbaiki kesalahanku,
Agar kesilapan yg sama tidak berulang kembali,
Sungguh perjalanan ini masih kabur,
Terhijab oleh dosa dan noda yg keji.

Ya Halim,
Berilah daku bimbingan,
Keluarkan daku dari kebingungan yg menyesatkan
Agar di kesudahanku...hasanah yg diperoleh.
Pimpini hidupku, Ya Hadi






0 comments:

Post a Comment