Saturday, January 29, 2011

Natrah : Antara Kisah Cinta & Konflik Perundangan



Masihkah anda semua ingat tentang pementasan Teater Natrah 2 yang telah ditayangkan pada akhir tahun lepas di Istana Budaya? Saya pernah menyimpan hasrat untuk menyaksikan teater Natrah sejak kali pertama ia mula dipentaskan pada tahun 2009, namun sampai dipentaskan buat kali kedua pun masih tak berkesempatan...tiada rezeki... Tak apelah tak dapat tengok pun dapat baca komen kawan-kawan saya kat FB yang dah pergi menonton pun dah cukup menggambarkan yang cerita  itu SEDIH !! Tapi adakah kita sedar bahawa kisah tersebut bukan sekadar kisah cinta antara Natrah dan Mansor Adabi, tetapi juga menceritakan kisah cinta sebuah bangsa terhadap agama Islam yang dihina oleh penjajah dan kisah cinta sebuah bangsa untuk membebaskan Negara dari penjajahan. Dilihat dari kronologi kisah tersebut terdapat konflik undang-undang yang berlaku dalam kes Natrah ini, kita dapat menyaksikan bagaimana perjuangan memartabatkan Undang-undang Islam yang dilakukan oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Professor Ahmad Ibrahim yang merupakan peguam dalam kes tersebut. Dipetik kata-kata beliau :


We should be confident of the superiority of Islamic Law because its basis comes from revelation from Allah Who is Wise and All Embracing in His Knowledge. As student and practicioners in the law we have seen how many principles of English Law, especially in the family law, have been amended so that they have nearer to those of Islamic Law”

[1994] 4 IIU Law Journal 1

Mari kita bersama-sama menyelusuri Kronologi Kisah Natrah dan melihat konflik perundangan penjajahan yang menimpa dirinya :

24 Mac 1937 
Lahirnya Maria Huberdina Hertogh di Tjimahi, Jawa yang kemudiannya dikenali sebagai Natrah

10 Apr 1937
Natrah yang masih kecil dikristiankan di Gereja Roman Katolik St. Ignatus Tjimahi oleh Paderi De Koster

8 Mac 1942
Pendudukan Jepun yang antikulit putih di Indonesia menyebabkan bapa Natrah, sarjan Adrianus Hertogh dipenjarakan di kem tahanan.

15 Nov 1942
Untuk mengurangkan beban dan penderitaaan ibunya, Natrah dipelihara oleh Che Aminah sebagai anak angkat.

Disember 1945
Bapa Natrah, Hertogh dibebaskan setelah Jepun menyerah kalah. Sarjan Hertogh dan isterinya berusaha mencari Natrah tetapi tidak dapat ditemui.

Julai 1946
Setelah gagal mencari natrah, Sarjan Hertogh dan isterinya kembali ke Belanda tanpa Natrah.

1947
Demi memelihara keselamatan Natrah daripada askar Jepun, Che Aminah membawa Natrah berpindah ke Kemaman, Terengganu.

1949
Che Aminah membesarkan Natrah dengan kasih sayang dan ajaran agama Islam.

Sept 1949
Natrah telah ditemui oleh Tuan A.A Locke, Penasihat British Wilayah Timur sewaktu pertunjukan senaman di Padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

12 Apr 1950
Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas cadangan A.A Locle untuk menyelesaikan pmilikan Natrah sebagai anak angkat.

22 Apr 1950
Che Aminah menerima surat arahan daripada Ketua Hakim Mahkamah yang menarahkan Natrah diletakkan dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura.

24 Apr 1950
Natrah kemudiannya ditempatkan di Homecraft Centre, York Hill, Singapura.

28 April 1950
Che Aminah merayu kepada mahkamah untuk mendapatkan semula hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguamnya Encik Ahmad Ibrahim daripada Syarikat S.C Goho

19 Mei 1950
Encik Ahmad Ibrahim mengemukakan hujah di mahkamah sebab musabab Che Aminah layak mendapat hak penjagaan terhadap Natrah.

28 Jul 1950
Che Aminah Berjaya mendapatkan hak penjagaan Natrah semula.

1 Ogs 1950
Atas dasar suka sama suka Natrah dinikahkan dengan Mansor Adabi secara nikah gantung.

2 Dis 1950
Ketua Hakim mengeluarkan surat perintah ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.

4-11 dis 1950
Akhbar Melayu Raya menyiarkan artikel-artikel yang memperlihatkan kes Natrah sebagai isu agama antara Kristian dengan Islam.

12 Dis 1950
Ketua hakim, Justice Brown memutuskan bahawa perkahwinan Natrah-Mansor tidak sah dan perlu diserahkan semula kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.

13 dis 1950
Rusuhan bermula pada waktu tengahari, 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera. Singapura diisytiharkan perintah berkurung selama dua hari dua malam.

13 Dis 1950
Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Singapura menuju ke Belanda dengan kapal terbang.

15 Dis 1950
Natrah tiba di Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam Belanda dan disambut oleh 4000 orang beserta sorakan selamat datang dan sepanduk.

20 Apr 1956
Natrah berkahwin dengan J.G Wolkenfeit, seorang askar, walaupun tidak direstui ibu bapanya.

15 Feb 1957
Natrah melahirkan anak pertama dan sehingga kini Natrah mempunyai 13 orang anak kesemuanya.

25 Nov 1973
Stesen televisyen Belanda NRVC menerbitkan filem dokumentari kisah hidup Natrah dalam rancangan The Times Just Stood Still selama 20 minit.

16 Ogs 1976
Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya J.G Wolkenfeit dan dibebaskan atas simpati hakim terhadap latarbelakang hidupnya. Kemudian dia bercerai dengan suaminya itu.

Dis 1979
Natrah berkahwin dengan suami keduanya Tom Ballermans

1983
Natrah bercerai dengan  suaminya Tom Ballermans

1984
Natrah dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung

15 Sept 1984
Natrah meninggalkan Belanda dan tinggal di Nevada,Amerika bersama-sama dengan Ben Pichel

Antara 1984-1989
Natrah berkahwin pula dengan Ben Pichel

Okt 1988
Mansor adabi meninggal dunia akibat sakit jantung

1998
Natrah pulang ke Kemaman melawat keluarganya untuk merakamkan sebuah dokumentari tentang kisah hidupnya di Belanda

9 Julai 2009               
Natrah dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.

Refrensi :
1. Buletin JKSM Bil 64/2010.
2. www.ilmuone.com/berita/persidangan-pegawai-syariah
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Natrah


Persolan : apakah status agama Natrah sebelum dia meninggal dunia?


Natrah
Karya Datin Seri Fatini Yaacob, Karyawan Tamu UTM...
 *sy sedang mencari novel ini...


Untuk mendengar lebih lanjut lagi tentang kisah Natrah & pandangan daripada Datin Seri Fatini Yaacob tentang tragedi rusuhan yang berlaku pada 1950 sila lihat video di bawah :

*Provokasi Straits Times penyebab rusuhan 1950 berlaku

*Hak dari sudut perundangan.

*Penderitaan Natrah seumur hidupnya


"Akulah perempuan yang diselimuti kedukaan...
Jiwa aku merana kerana cinta...
Merdekakanlah aku dari segala belenggu ini
kerana aku rindukan kedamaian."

~Natrah @ Nadra Maarof, Maria Huberdina Hertogh (1937-2009)~





0 comments:

Post a Comment