Saturday, April 30, 2011

Sejarah Wakaf Sebelum Islam


Wakaf adalah mencegah penggunaan pokok zat harta yang data dimanfaatkan dengan tetapnya zat harta itu, dan menjadikan manfaatnya untuk jalan kebaikan dari awal hingga akhir. Ini pengertian yang paling tepat yang dapat menggambarkan secara menyeluruh bentuk-bentuk wakaf menurut para ulama fiqah yang telah menetapkannya.[1]

Pengamalan wakaf pada dasarnya telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu, termasuk dikalangan nonmuslim. Hanya apa yang dilakukan oleh umat terdahulu bukanlah untuk mendapat keredhaan Allah malahan hanya persembahaan untuk kepercayaan mereka. Kemungkinan Hal ini yang menyebakan Imam Syafi’I menyatakan bahawa wakaf sebelum islam adalah tidak wujud.[2]

Berkata Imam Syafi’i : “Setahu saya orang Jahiliyyah tidak menahan (mewakafkan) rumah dan tanah untuk tujuan kebajikan, akan tetapi yang menahan (mewakafkan) untuk tujuan tersebut adalah orang-orang islam.” 

Perkataan Imam Syafi’i tersebut dijadikan dasar sebahagian sarjana Muslim. Mereka berpendapat bahwa sistem wakaf hanya dikenal dalam islam. Hal Ini kerana umat-umat terdahulu telah menyembah Tuhan sesuai dengan cara dan keyakinan mereka. Mereka memerlukan tempat khusus serta biaya tertentu bagi mentadbir dan menjaga tempat-tempat peribadatan dan mengumpulkan biaya perawatan tersebut, dapat difahamkan ianya merupakan sebagai konsep wakaf secara sederhana.

Mengenai sejarah kemunculan istilah wakaf, agak rumit untuk menetapkan tahun kemunculan istilah tersebut. Hal ini kerana ianya tidak dinyatakan dalam mana-mana kitab fiqh. Tetapi secara tidak langsung dapat dikatakan bahwa sebelum islam lahir, istilah wakaf masih belum ditemui. Begitu juga halnya bahawa orang-orang Jahiliyyah belum belum pernah mengenal dan mengetahui tentang wakaf tapi sebahagian dari mereka telah mempraktikkan ajaran wakaf secara menyeluruh.

Manusia telah mengenal pelbagai jenis wakaf sejak terbentuknya kehidupan bermasyarakat di muka bumi. Setiap masyarakat menyediakan keperluan umum yang diperlukan oleh manusia secara keseluruhan atau kebanyakan anggota masyarakat. Tempat peribadatan adalah salah satu contoh wakaf yang dikenal oleh manusia sejak dahulu kala. Demikian juga mata air, jalan-jalan, dan tempat-tempat yang sering digunakan masyarakat, namun pemilikannya bukan atas nama peribadi. Oleh kerana itu, tidak ada seorangpun yang memenuhi hak sepenuhnya untuk mengatur tempat itu, kecuali jika dia telah diberi mandat untuk menguruskannya seperti para mubaligh agama dan juru kunci. [3]

Pengamalan wakaf secara umum iaitu wakaf bukan tunai telah dikenalpasti sejak awal kedatangan Islam. Walaubagaimanapun masyarakat sebelum Islam juga telah mempraktikkan sejenis wakaf, tapi dengan nama lain, iaitu bukan wakaf. Pengamalan sejenis wakaf ini telah wujud dalam masyarakat sebelum Islam dan tidak terlalu menyimpang sekiranya wakaf dikatakan sebagai kelanjutan dari pengamalan wakaf masyarakat sebelum Islam. [4]

Wakaf secara maknawi telah wujud di kalangan orang-orang terdahulu sebelum Islam, meskipun tidak menggunakan istilah wakaf. Hal ini demikian kerana rumah-rumah ibadah telah dibina secara tetap dan barang­-barang yang disediakan untuk rumah-rumah ibadah itu yang mana hasilnya digunakan untuk membiayai orang-orang yang bertugas memelihara rumah-rumah ibadah itu. Bentuk pengamalan seperti ini tidak mungkin wujud kecuali kalau didasari atas pengertian wakaf itu tadi. Atau secara tegas itu merupakan wakaf. [5]

Oleh yang demikian, menurut mazhab Hanafi yang mana bertentangan  dengan kenyataan syafie berkaitan wakaf, Hanafi tidak menafikan kewujudan wakaf masjid dan keharusannya kerana pembinaan masjid sudah wujud sebelum Islam. Antaranya AI-Bait Al-Haram dan Al-Masjid Al-Aqsa telah ditubuhkan sejak dahulu lagi. Begitu juga rumah-rumah ibadah berbentuk gereja Yahudi dan Nasrani serta biara juga telah ditubuhkan. Hal ini tidak boleh digambarkan semua itu dimiliki oleh seseorang secara peribadi dan manfaatnya untuk semua manusia yang beribadah di dalamnya. Kerana itu kita tidak boleh lari dan harus mengakui bahawa wakaf secara maknawi telah ada sebelum Islam. Sama halnya dengan jual beli, sewa-menyewa, nikah dan bentuk-bentuk transaksi lainnya sudah ada sebelum Islam. Dan Islam turut mengakuinya, dan membuat peraturan yang dapat menghindari penipuan dan pembohongan serta menjadikannya termasuk di dalam lingkungan hak dan keadilan.[6]

ANTARA CONTOH WAKAF SEBELUM ISLAM :

1.                  Pada Zaman Mesir Kuno.
Beberapa buku sejarah undang-undang telah menetapkan bahawa undang-undang Mesir Kuno telah mengenalpasti bentuk wakaf terhadap keluarga. Di dalam undang-undang tersebut telah dijumpai bentuk transaksi hibah yang dilakukan seseorang kepada anak sulungnya, dan memerintahkan penggunaan hasil terhadap saudara-saudaranya atas dasar zat barang tidak boleh dijual. Dan di dalam "Undang-undang Dahsyur" terdapat keterangan bahawa tanah-tanah yang dilarang dibangunkan, hasilnya diberikan kepada orang-orang yang berhak.[14]
Pada Zaman Fir’aun, masyarakat pada waktu itu telah mengenal bentuk baru wakaf yang tidak ada pada sebelumnya antaranya berupa tanah pertanian yang diwakafkan oleh sebahagian penguasa dan orang-orang kaya untuk tujuan bercucuk tanam dan hasilnya akan diberikan kepada para tokoh spiritual yang pada saat itu dikenali sebagai dukun, baik digunakan untuk kepentingan peribadi mereka, menandai tempat peribadatan yang berada di bawah pengawasannya atau diberikan kepada fakir miskin. Ini merupakan wakaf untuk kepentingan agama, karana penyalurannya dilakukan oleh para tokoh agama, akan tetapi berbeza dengan wakaf yang dipergunakan untuk kepentingan syiar agama Islam. [15]
Dengan demikian, pada zaman Fir’aun telah muncul pertama kali bentuk baru wakaf yang disebut sebagai wakaf produktif. Maka definisi wakaf produktif adalah harta benda atau pokok tetap yang diwakafkan untuk dipergunakan dalam kegiatan produksi dan hasilnya disalurkan sesuai dengan tujuan wakaf, seperti wakaf tanah untuk dipergunakan untuk bercucuk tanam, mata air untuk dijual airnya, jalan dan jambatan yang dimanfaatkan untuk menyeberangi sungai dan modalnya diambil dari yang mereka yang menggunakannya. Akan tetapi daripada hasil itu semua disalurkan kepada orang-orang yang berhak sesuai dengan tujuan wakaf tersebut.[16]
Di Mesir juga, Raja Ramsi kedua mendermakan tempat ibadah “Abidus” yang keluasannya sangat besar. Kerana pengamalan sejenis wakaf yang terjadi pada masyarakat sebelum Islam memiliki tujuan yang seiring dengan Islam, iaitu pengagihan kekayaan secara adil dan kemudian bermatlamat pada kesejahteraan bersama, maka Islam memanggilnya dengan sebutan wakaf.[17]
Abidus
2.         Zaman Nabi Ibrahim.

Pada tahun 1860 S.M SM iaitu pada zaman sebelum islam ditubuhkan. Nabi Ibrahim telah membina Ka’bah yang disebut dalam al-Qur’an sebagai al-Bayt al-Atiq (rumah lama). Pada mulanya Ka’bah dijadikan sebagai tempat keamanan dan ketenangan bagi masyarakat Arab. Kemudian tempat tersebut dijadikan sebagi tempat sembahyang dan meletakkan berhala-berhala mereka guna mendekatkan diri kepada Tuhan. Selain itu terdapat Masjid al-Aqsa, Masjid al-Haram serta gereja-gereja yang dibina untuk tempat peribadatan yang tidak dimiliki oleh seseorang.[18]

Kaabah
3.         Peradaban Babylonia (Mesopotamia).

Peradaban Babylonia menyembah tuhan yang mereka yakini, maka hal ini mendorong mereka untuk membangun tempat khusus untuk peribadatan yang dibangun diatas sebidang tanah dan sekaligus hasil bumi yang dihasilkannya diberikan kepada orang yang mengurusi tempat ibadah tersebut.[19] Bentuk ini merupakan contoh wakaf atau diantara yang menyerupai konsep tersebut. Para raja pada waktu itu menghibahkan manfaat hasil bumi kepada para yatim, orang janda dengan tanpa perpindahan hak kepemilikan kepada mereka. Ini adalah merupakan suatu sumbangan berbentuk kebajikan.[20]

4.         Eropah.

Peranan Inggris dan Perancis dalam wakaf memang diakui dengan wujudnya undang-undang batasan wakaf terutama yang berkaitan dengan masalah gereja, biara dan tempat peribadatan dan lain-lain.[21] Setelah Imperium Romawi barat dan peradabannya runtuh, maka satu-satunya bentuk wakaf yang berada di Eropa adalah gereja. Dan pada abad ke-13, Pada waktu itu wakaf tidak hanya terbatas untuk tempat peribadatan saja, bahkan lebih dari itu wakaf sudah masuk pada bidang pemikiran dan tsaqofah seperti yang ada pada madrasah Plato yang berlangsung selama enam abad dan juga munculnya wakaf-wakaf dalam bidang sosial (khoiriyah) yang berkembang di Eropah tengah (Jerman).[22]

Konsep wakaf sebelum islam berbeza dengan konsep yang digunapakai selepas kedatangan islam. Walaupun dari segi luaran,  kedua-dua konsep ini dilihat mempunyai manfaat yang sama iaitu bertujuan untuk kebajikan akan tetapi wujud perbezaan antara kedua-dua konsep ini iaitu melalui niat sebenar sesuatu wakaf itu diamalkan. Menurut konsep wakaf dalam islam sesuatu wakaf itu diamalkan adalah dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t (taqarrub ilallah) manakala melihat kepada konsep wakaf sebelum islam pula, sesuatu wakaf itu hanyalah bertujuan untuk  kepentingan dan kebajikan masyarakat umum semata-mata seperti kemudahan yang disediakan dan tempat peribadatan.

Sebelum kedatangan islam, wakaf telah wujud secara maknawi  akan tetapi istilah wakaf tersebut mula digunakan setelah kedatangan islam. Hal ini kerana wakaf secara maknawi  yang dapat ditafsirkan pada zaman sebelum kedatangan islam adalah sumbangan daripada raja kepada rakyat dan daripada masyarakat kepada masyarakat yang lain untuk saling memudahkan keperluan hidup masing-masing.

Namun begitu, terdapat juga persamaan antara konsep wakaf sebelum islam dan konsep wakaf selepas Islam iaitu merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan hak milik sesuatu harta yang telah diwakafkan, yang mana tiada seorang pun mempunyai hak sepenuhnya ke atas sesuatu harta yang telah diwakafkan itu melainkan jika seseorang itu telah diberi mandat untuk menguruskannya seperti zaman sebelum Islam,  para mubaligh agama dan juru kunci yang telah dimandatkan manakala pada zaman selepas kedatangan Islam,  suatu badan telah diwujudkan untuk memelihara institusi wakaf ini antaranya seperti Baitulmal dan pada masa kini lebih dikenali sebagai Majlis Agama Islam.


[1] Muhammd Abu Zahrah (2007), Wakaf Menurut Agama dan Undang-undang, Cet I, Berlian Publications Sdn Bhd, h. 4.
[2] Siti Nurhayati Wasilah (2008) , Akuntasi Syariah di Indonesia, Jakarta : Salemba Empat, h. 298.
[3] Muhammad Daud Ali, Sistem Ekonomi Islam, Zakat dan Wakaf, Jakarta:UI Press,1988, h.80.
[4] http://www.ingraw.usm.my/2009/default.asp?mn=abstract, Suhrawardi K.Lubis, “Wakaf Tunai Dan Prospek Pengembangan Ekonomi Islam Di Indonesia”, 26 Januari 2011
[5] Muhammd Abu Zahrah(2007), op.cit, h. 4.
[6] Ibid,h.4-5.
[7] Islamic Relief Malaysia, http://www.irm.org.my/portal/waqfislam, 29 Januari 2011.
[8] Ibid.
[9] Ibid.
[10] Laman Web Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak, http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my/wakaf.html, 29 Januari 2011.
[11] Islamic Relief Malaysia, http://www.irm.org.my/portal/waqfislam, 29 Januari 2011.
[12] Ibid.
[13] Muhammad Abu Zahrah (2007), op.cit, h. 4
[14] Muhammad Abu Zahrah (2007), op.cit, h. 5.
[15] Mundzir Qahaf (2005), Manajemen Wakaf Produktif, Jakarta: Khalifa Pustaka Al-Kautsar Grup, h. 16.
[16] Ibid, h.17.
[18] Muhammad Ibn Idris al-Syafi’i, Kitab al-Umm,Juz 4. Beirut :Darul Kutub al-‘ilmiyyah, h. 61.
[19] Muhammad Dasuqi, Al-Waqof wa Dauruhu fi Tanmiyah al-Mujtama’ al-Islami, jilid I, Kementerian Wakaf Mesir. h.33-36.
[20] Ibid.
[21]  Mundzir Qohf (2005), op.cit, h. 23-24.
[22] Ibid.    
[23] Al-Kabisi (2004), Ahkam al-Waqf fi al-Syariah al-Islamiyah, Alih bahasa Ahrul Sani Faturrahman dkk, Judul Indonesia: Hukum Wakaf, Jakarta: DD Republika dan Iman, h. 13.
[24] Ibid, h. 14.
[25] Muhammad Ahmad Alisy (1294H), Syarh Minah al-Jalil ala Mukhtashar Khalil, Mesir: Penerbit al-Kubra, jilid 3, h. 35.
[26] Habib Ahmed (2004), Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation, Jeddah: IRTI, h.30.

1 comments:

Mohd khairul anuar said...

xsilap, pernah dengar dulu ust xcakap, perkataan wakaf asalnye dari ~~

ada sebuah telaga dulu dipadang pasir, yang menjadi tempat persinggahan orang ketika musafir.. jadi, bila sampai situ je, org berhenti (wakaf).. maka disitu la lahirnya perkataan wakaf tuk harta.. (cerita nye ingt2 lupa )

Post a Comment